oleh Team Richworks pada 30 March 2018
Apa perasaan anda, bila hidup dikelilingi hutang? Apa perasaan anda bila kereta terpaksa ditarik kerana anda tak mampu nak buat bayaran bulanan kepada pihak bank? Dan, apa perasaan anda bila pihak bank dah berdiri depan pintu rumah, bersedia untuk sita barang-barang dan rumah anda, akibat anda ada bayaran tertunggak yang banyak kepada pihak bank?
Berniaga, bunyinya memang indah tapi langit tak selalu cerah bagi mereka yang sumber pendapatannya hanya dari perniagaan lebih-lebih lagi bila berniaga tanpa ilmu. Puan Laili Raoh ini telah berniaga selama 11 tahun dan sepanjang 10 tahun perniagaannya, beliau langsung tak merasa untung!
Yang paling pedih, bila beliau terpaksa melihat suaminya dicerca dan diperli oleh keluarga sendiri kerana bisnes yang tak berjaya. Dan bila pihak bank dah bersedia untuk sita barang-barang rumahnya, Puan Laili hanya mampu berbisik dalam hati “apa yang dah aku buat untuk bantu bisnes sendiri? Apa yang aku dah buat untuk bantu suami? Sedangkan aku mampu buat lebih baik.”
Mendengar cerita dari beliau, ramai yang rasa sedih dan terkesan. Tapi berapa ramai yang sedar, ini sebenarnya perkara biasa yang berlaku kepada ramai peniaga di luar sana yang berniaga bertahun-tahun tapi gagal nak rasa untung.
Puan Laili yang merupakan pemilik kepada produk kecantikan iChantique ini bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & kejayaan (IMKK) pada sekitar tahun 2016. Pada ketika itu beliau hadir tanpa apa-apa, hanya bawa hati dan hutang keliling pinggang. Hadir pun setelah dipaksa oleh suaminya kerana beliau sendiri dah seperti putus asa.
Bermula dari situ, Puan Laili terus tabah membina bisnesnya. Beliau mula hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan mula bertindak mengikut ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman. Berbekalkan semangat dari kegagalan lama, dengan niat nak bantu suami akhirnya beliau mula nampak sinar cahaya.
Dari bisnes yang penuh hutang, beliau mula membuat jualan mencecah RM25,000 sebulan dan dengan ilmu dan komitmen belajar setelah setahun bersama Richworks beliau kini dah mampu buat jualan mencecah RM3.5 juta setahun.
Kegagalan lalu membuatkan Puan Laili makin kuat berusaha. Beliau kini menjadi idola kepada ramai agen dan stokistnya, yang kebanyakannya terdiri dari surirumah yang ingin membantu suami meninggikan tahap ekonomi keluarga.
Kerana beliau tahu dan faham erti sakitnya dihina, dan sakitnya hidup berhutang keliling pinggang, dan siksanya dikejar pihak bank, beliau kini terus berusaha untuk bantu orang lain supaya mereka tak terima pengalaman buruk yang sama sepertinya.
Bak kata Dr Azizan Osman “Semakin besar cita-cita dan harapan, semakin kita kenal untuk apa dan untuk siapa kita berusaha, semakin besarlah tindakan kita.” Sebesar mana usaha kita, bergantung kepada sebesar mana impian mahu hidup lebih baik dari sebelumnya.