3 beradik meninggal rempuh tren, tarikh kelahiran jadi tarikh kematian. Innalillahiwainailahirojiun. Tidak cepat sesaat atau terlewat seminit, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.
Berat untuk diungkap namun kehidupan harus diteruskan oleh ibu bapa tiga beradik ini apabila anak mereka dijemput Allah serentak selepas lori dipandu merempuh sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Kampung Sepakat dalam kejadian petang semalam.
3 Beradik Meninggal Rempuh Kren
Tiga beradik terbabit, Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, dari Jalan Sungai Kolek, di sini di mana dalam video yang tular didapati ada mangsa yang tercampak di atas jalan raya selepas merempuh kren terbabit.
Lebih menyayat hati, tarikh kelahiran seorang dari mangsa iaitu Ahmad Jazuly iaitu pada 8 Jun menjadi tarikh kematiannya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ini.
Tarikh Kelahiran Jadi Tarikh Kematian
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada 7.35 petang itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori Toyota Hiace yang memandu secara berbahaya.
“Lori dipandu oleh Muhammad Solihin manakala Muhammad Firdaus dan Ahmad Jazuly sebagai kelindan dalam perjalanan dari Johor Bharu menghala arah Kuantan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan jentera berat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Dua Beradik Maut Dilanggar Lori,”Dua Itu Sahajalah Anak Saya”
Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Hilang 3 Beradik Sekelip Mata Kemalangan Maut, Pelajar Tahfiz Pelik Adik Beradik Tak Muncul
Katanya, akibat kejadian itu, ketiga beradik berkenaan parah di kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia.
Sementara pemandu kren berusia 38 tahun turut cedera di bahagian badan.
“Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan awal juga mendapati, pemandu lori terbabit yang juga pelajar Politeknik Muadzam Shah, tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.