#1-Win-Win Situation
Psikologi manusia biasanya akan melayan orang sekeliling seperti cermin. Maksudnya, jika mereka dilayan dengan baik, maka akan mereka pasti memberikan layanan yang baik juga sebagai balasan. Konsep yang sama boleh digunakan dalam jualan dan bisnes. Apabila kita memberikan sesuatu kepada pelanggan, pasti pelanggan juga rasa mereka perlu memberikan perkara yang sama.
Contoh paling mudah, apabila seorang promoter memberikan sampel kepada pelanggan, kita ada potensi yang besar untuk membeli produk tersebut kerana kita rasa seolah-olah rasa bersalah setelah mencuba makanan tersebut dan mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada promoter tersebut. Pasti anda pernah mengalaminya bukan? Kerana itu jugalah, banyak syarikat-syarikat besar seperti Amazon sangat menjaga kebajikan pelanggan mereka.
Apabila anda berikan lebih daripada yang sepatutnya atau apa yang pelanggan anda jangkakan, pelanggan anda pasti berasa teragak-agak untuk menolak anda atau produk anda tanpa sebab yang jelas. Cara ini lebih berkesan dengan interaksi F2F. Namun jika kreatif, melalui online juga pasti boleh berjaya. Cubalah.
Apabila kita memberikan sesuatu kepada pelanggan, pasti pelanggan juga rasa mereka perlu memberikan perkara yang sama. Contoh paling mudah, apabila seorang promoter memberikan sampel kepada pelanggan, kita ada potensi yang besar untuk membeli produk tersebut kerana kita rasa seolah-olah rasa bersalah setelah mencuba makanan tersebut dan mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada promoter tersebut.
Pasti anda pernah mengalaminya bukan? Kerana itu jugalah, banyak syarikat-syarikat besar seperti Amazon sangat menjaga kebajikan pelanggan mereka. Apabila anda berikan lebih daripada yang sepatutnya atau apa yang pelanggan anda jangkakan, pelanggan anda pasti berasa teragak-agak untuk menolak anda atau produk anda tanpa sebab yang jelas. Cara ini lebih berkesan dengan interaksi F2F. Namun jika kreatif, melalui online juga pasti boleh berjaya. Cubalah.
#2- Hadiah Percuma
Siapa yang tidak suka barangan percuma? Kadang-kadang, sebab percuma orang akan ambil walaupun sebenarnya tidak perlu dan tidak akan digunakan pun. Cuba untuk gembirakan pelanggan dengan memberi barangan percuma. Tidak perlu habiskan begitu banyak wang bagi tujuan ini. Takut-takut rugi pula nanti. Ada pelbagai cara untuk berikan hadiah ini, antaranya, berikan produk sampel sama ada produk sendiri atau sampel produk orang lain.
Anda juga boleh bertukar produk dengan usahawan lain untuk dijadikan hadiah dan saling mempromosi barangan antara satu sama lain. Atau anda juga boleh berikan ektra kuantiti kepada pelanggan sebagai contoh untuk makanan, berikan ekstra makanan, jika servis, berikan extra servis, jika seminar atau kelas berikan ekstra kelas. Ini adalah contoh hadiah yang akan buat mereka gembira dan mereka pasti akan terdorong untuk membeli lagi dengan anda.
Ada pelbagai cara untuk berikan hadiah ini, antaranya, berikan produk sampel sama ada produk sendiri atau sampel produk orang lain. Anda juga boleh bertukar produk dengan usahawan lain untuk dijadikan hadiah dan saling mempromosi barangan antara satu sama lain. Atau anda juga boleh berikan ektra kuantiti kepada pelanggan sebagai contoh untuk makanan, berikan ekstra makanan, jika servis, berikan extra servis, jika seminar atau kelas berikan ekstra kelas. Ini adalah contoh hadiah yang akan buat mereka gembira dan mereka pasti akan terdorong untuk membeli lagi dengan anda.
#3-Didik Pelanggan Anda
Selain daripada memberi hadiah, pelanggan juga suka jika mereka dapat belajar perkara-perkara baharu. Ini juga adalah hadiah sebenarnya. Mendidik yang bagaimana? Dengan memberi kesedaran kepada mereka. Sebagai contohnya, jika produk penjagaan kulit seperti Nivea, Murad dan Watson, mereka aktif membuat kuiz di media sosial mereka berkenaan tip-tip penjagaan kulit.
Mereka bertanyakan soalan yang membuatkan pelanggan mencari-cari jawapan sekaligus mengetahui mengenai kulit mereka sendiri dan penjagaan betul kulit mereka. Berikan nasihat kepada pelanggan anda berdasarkan situasi mereka barulah mereka rasa anda bukan sekadar nak menjual dan mengambil duit mereka sahaja tetapi anda menyelesaikan dan mengambil berat masalah mereka. Betulkan niat bukan sekadar nak menjual akan tetapi nak membantu, insha allah pasti akan berjaya, usahawan dunia akhirat.
Penulis: Nadia
Nazri