1- Jelas Dengan Tujuan & Keinginan
Dalam bisnes, memang seorang usahawan harus tahu membuat keputusan dengan pantas dan efektif. Ini penting untuk meminimakan risiko yang wujud dalam bisnes dan memaksimakan peluang yang ada di depan mata. Jika seorang usahawan sukar untuk membuat keputusan dengan cepat dan berkesan, ini akan memberi kesan yang buruk kepada bisnes seperti banyak perkara akan tertunda, impak kerugian bisnes lebih besar, pekerja akan berasa kurang hormat dan lain-lain lagi.
Boleh dikatakan dalam bisnes, banyak keputusan yang perlu dibuat melibatkan keuntungan dan kerugian. Boleh jadi, anda termasuk dalam kategori orang yang sukar untuk membuat keputusan, jadi jika anda rasa teragak-agak terutamanya apabila membuat keputusan yang penting, anda perlu kembali kepada matlamat utama anda dalam bisnes.
Anda harus jelas dengan tujuan sesuatu keputusan yang akan dan telah diambil. Ini adalah langkah pertama untuk buat keputusan yang cepat dan tepat. Dengan matlamat yang jelas, anda patut tahu perkara atau tindakan yang perlu dibuat dan ini akan membuahkan hasil seperti mana yang anda mahukan untuk bisnes anda sejak dari awal lagi. Sebagaimana anda jelas membuat keputusan , anda juga harus jelas dengan hasil keputusan yang anda inginkan.
Sebagai contoh, berbanding membuat keputusan untuk menambah stok produk lebih banyak daripada biasa untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tertinggi untuk bulan ini, sebaiknya anda setkan dengan jelas jumlah penambahan produk dan jumlah kenaikan keuntungan yang anda mahukan agar selepas membuat keputusan, anda akan dapati, lebih senang untuk anda mencapai apa yang anda inginkan seiring dengan keputusan yang telah dibuat.
Sebabnya? Anda jelas dengan matlamat lama dan anda juga jelas untuk melaksanakan matlamat baru anda untuk mencapai matlamat lama atau asal anda tadi. Dalam Islam pun, kalau nak berdoa, ramai orang pesan kena minta yang spesifik, barulah senang nak dapat apa yang betul-betul diidamkan. Betul tak?
2-Cipta Strategi Untuk Jayakan Keputusan
Setiap keputusan yang anda ambil memerlukan masa, tenaga dan komitmen untuk menjayakannya. Setiap keputusan juga perlukan strategi yang tersendiri untuk berjaya. Untuk merealisasikannya, anda harus fikirkan apa yang patut dilakukan seiring dengan keputusan yang anda telah ambil. Gunakan contoh yang sama seperti yang di atas tadi.
Setelah anda kenal pasti yang untuk meningkatkan keuntungan pada bulan ini, anda harus meningkatkan jumlah stok produk, jadi, setelah menambah stok, apakah strategi yang anda harus lakukan?
Mungkin sebelum ini produk anda habis terjual tetapi anda harus ingat, dengan penambahan produk, pasti tempoh jualan anda juga turut meningkat, malah anda boleh jangkakan yang ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk terjual habis ataupun mungkin banyak yang tidak terjual.
Jadi, anda tahu setiap keputusan yang anda ambil pasti berisiko, anda harus fikirkan strateginya terlebih dahulu, seperti buat promosi diskaun, berikan hadiah percuma, guna teknik ‘urgency’ dan macam-macam lagi. Jangan buat keputusan namun menggunakan cara yang sama untuk melaksankannya. Setiap perubahan dalam keputusan mesti diikuti perubahan dalam tindakan.
3-Tindakan Harus Pantas
Semua yang tersenarai di atas tadi tidak bermakna sekiranya anda hanya membayangkannya tanpa ada perancangan yang jelas bagaimana dan bila mahu melakukannya. Jangan bertindak hanya apabila anda mempunyai masalah. Sediakan jadual atau pelan perancangan anda. Senaraikan apa yang perlu dilakukan.
Tandakan perkara yang sudah selesai dan belum selesai. Jika ada masalah untuk melakukan sesuatu perkara, beri perhatian dan fokus untuk selesaikannya atau cari alternatif lain. Semua ini perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita setkan untuk bisnes dan sudah pasti, untuk memastikan keputusan yang diambil adalah tepat. Semakin biasa anda membuat keputusan, semakin tangkas anda dalam menangani rintangan-rintangan dalam bisnes pada masa akan datang. Insha-Allah.
Sumber Rujukan:
Penulis: Nadia Nazri