Dow Jones adalah salah seorang usahawan
yang berjaya mengembangkan bisnesnya melalui media sosial. Dia bukan sahaja
berjaya menjenamakan produk malahan menjenamakan intagramnya dari biasa-biasa
ke luar biasa.
Sebagai usahawan, sama ada kita suka atau
tidak suka dengan fenomena Instagram dan pengaruh sensasinya yang luar biasa,
kita harus menguasainya bukan untuk suka-suka bersosial semata-mata akan tetapi
untuk meningkatkan pendapatan syarikat dan prospek baharu yang masih relevan.
Berikut adalah tip yang diberikan olehnya untuk anda semua.
#1-Cuba Kuasai Elemen Humor Yang Berkualiti
Manusia mana yang tidak suka tertawa? Kita
akan merasakan satu aura yang positif setiap kali kita ketawa. Semua orang
pasti akan tertawa apabila melihat, mendengar
sesuatu yang melucukan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menjana bisnes sedia ada
agar kekal relevan di dalam
industri.
Tahukah anda yang
kanak-kanak ketawa sekitar 300 kali sehari. Cuba fikirkan, berapa kali kita ketawa dalam sehari? Sudah
jauh berkurang bukan? Sedih tapi benar
yang hakikatnya, kita sudah tidak
segembira waktu kita menjadi kanak-kanak dahulu apabila kita meningkat dewasa.
Oleh sebab ini juga, begitu ramai yang terlalu obses dengan media, kerana
mereka bergantung kepada media untuk bersosial, berhibur dan membuatkan mereka
ketawa.
Jadi para
usahawan, gunakan peluang ini bukan
sahaja untuk menghiburkan mereka akan tetapi juga untuk memikat hati mereka
untuk kekal menjadi pelanggan anda. Akan tetapi, anda harus bertindak bijak,
bukan sekadar membuat posting-posting hiburan lawak dan jenaka, akan tetapi
pastikan hiburan itu turut mengandungi nilai tertentu seperti pengajaran atau
nasihat yang membuatkan mereka suka dengan anda dan page anda.
Siapa yang tidak suka
melihat atau membaca sebarang info yang boleh membuatkan anda tertawa akan
tetapi pada masa yang sama belajar sesuatu yang baharu. Nasihat atau pengajaran
yang maju diberikan haruslah ringkas dan tidak sarat.
#2-Rakan Kongsi Anda
Adalah Anda Sendiri
Seperti
artikel-artikel sebelum ini, sememangnya
digalakkan untuk membuat kolaborasi dengan jenama-jenama lain untuk mengukuhkan
perniagaan. Tetapi, jangan terlalu ghairah untuk berkolaborasi
dengan jenama lain sehinggan menenggelamkan jenama sendiri.
Mungkin di awal
permulaan, ini adalah strategi yang bagus untuk bisnes anda, namun ini bukanlah
sesuatu yang anda patut lakukan sepanjang masa. Sampai bila mahu bergantung
kepada syarikat atau orang lain. Apabila kerap berkolaborasi, anda boleh
tersasar daripada objektif anda sendiri dalam bisnes, malah boleh juga menjadi tambahan kepada
beban anda yang sedia ada. Masalah bisnes atau janji-janji anda kepada rakan
kongsi juga harus dilaksanakan.
Jadi, hanya pilih beberapa rakan kongsi yang
betul-betul boleh memberi manfaat kepada anda dan selebihnya, anda sendiri fokus untuk membina jenama anda.
Anda bukan sahaja bina jenama anda,
tetapi anda bina komuniti anda sendiri.
#3-Kawal Komuniti Anda
Untuk mengawal
komuniti anda, anda harus selalu
mengawal komuniti anda untuk mereka. terus menyokong anda. Jika tidak,
akan ada orang lain yang akan menjaga mereka lebih baik sendiri daripada
jenama.
Sumber rujukan:
Penulis: Nadia Nazri