Kita sebagai peniaga mesti sedia maklum yang copywriting ibarat senjata bagi perniagaan tidak kira apa jenis perniagaan sekalipun.kali ini kami ingin berkongsi kepada anda tekinik atau tips menulis copywriting bagi perniagaan printing khususnya.
Sebelum adanya copywriting kami nasihatkan anda semua pilih dahulu gambar yang ingin kita post di mana-mana medium pengiklanan kita.Sebagai contoh kita pilih satu gambar produk kita untuk kita terangkan kepada pembaca apa yang patut mereka tahu supaya salah satu dari penerangan kita mungkin kena pada permintaan pembaca.Disini saya akan kongsikan ‘3 TEKNIK TULIS COPYWRITING PERNIAGAN PRINTING’.
- Beritahu jenis-jenis material yang anda tawarkan dan detail material tersebut seperti kualiti dan ketahanan material.
Kenapa pentingnya anda beritahu material sebelum yang lain.Sebabnya adalah mereka sebagai bakal customer boleh buat perbandingan dan penyediaan apa jenis material yang mereka nak pilih berkesuaian dengan aktiviti mereka.
- Terangkan DESIGN yang boleh ditawarkan.
Selepas pemilihan material pastinya bakal pelanggan anda inginkan design yang mereka dah buat. Jadi sebagai peniaga anda mestilah menerangkan kepada pelanggan yang anda boleh tawarkan design yang mereka nak.Pastinya dengan harga yang berbaloi dan mampu milik.
- Berikan kelebihan ataupun kelainan servis anda.
Sebagai contoh kita inginkan bakal pelanggan menempah dengan anda berikan kelainan pada apa yang anda hendak sediakan sebagai contoh Masa lebih cepat dari peniaga lain boleh tawarkan ataupun servis penghantaran ‘door to door’. Itu sebagai contoh sahaja dan anda boleh fikirkan kelainan servis anda yang lain supaya bakal pelanggan anda lebih seronok dan terpikat beli dengan anda.
Jadi 3 teknik diatas anda boleh aplikasikan dalam copywriting anda dan kami yakin copywriting ataupun senjata diatas amat berkesan bagi perniagaan printing. Selamat Mencuba.
Artikel ini ditulis oleh:
Muhammad Fakhriey Fhaqahah Zahari (Eksekutif Pembangunan Perniagaan Usahawan.com Sdn Bhd)