Anda mungkin seorang usahawan yang rajin dan komited. Namun, berapakah
peratusan yang anda miliki untuk anda berjaya dalam bisnes? Rezeki? Takdir?
Sememangnya betul namun ketahuilah, ada beberapa kriteria yang wajib anda ada
untuk pastikan anda berjaya dalam bisnes. Berikut adalah kriteria wajib ada
bagi seorang usahawan:
#1-Seorang Yang
Berdedikasi
Dedikasi adalah kriteria utama yang setiap usahawan berjaya perlu ada. Anda hanya akan berjaya jika melakukan hanya apa yang anda suka. Setiap usahawan yang berjaya ini sanggup bekerja keras dan bekerja lebih masa apabila perlu hanya kerana ingin memastikan perniagaan mereka berjaya. Mereka ini tidak merasakan startup mereka sebagai satu pekerjaan sebaliknya satu kehidupan yang mereka ingin gerakkan dengan penuh semangat.
#2-Miliki Etika
Kerja Yang Tinggi
Usahawan yang berjaya sentiasa memiliki etika kerja yang tinggi. Mereka tidak takut bekerja dan mengutamakan keperluan bisnes mendahului keperluan sendiri. Your work ethic will be strong. Entrepreneurs who are successful are not afraid of working.
Mereka tiada masalah mengorbankan masa mereka kerana apabila mereka fokus membangunkan syarikat sendiri, mereka tidak berasa penat kerana itu adalah impian mereka sendiri. Memiliki etika kerja yang tinggi tidak semestinya bekerja 24 jam setiap hari. Jika anda bijak, anda tahu bagaimana untuk mengagihkan keutamaan kepada bisnes dan peribadi dan bekerja secara bijak bukan bekerja keras tanpa had semata-mata.
#3-Pandai
Bercampur Dengan Semua Orang
Usahawan yang berjaya sentiasa bijak dalam pergaulan. Mereka biasanya tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Bukan sahaja bijak berbicara dan menarik perhatian pelanggan, usahawan yang benar-benar berjaya bukan sahaja menggunakan kemahiran komunikasi mereka dengan pelanggan malahan dengan pekerja.
Mereka ini akan sentiasa dapat menjalin hubungan yang baik dengan pekerja malahan sentiasa berupaya memotivasikan mereka. Pekerja faham dengan jelas apa yang majikan mereka mahukan dan berusaha merealisasikannya. Usahawan seperti ini biasanya selalu mengupah pekerja yang lebih pintar daripada mereka untuk memajukan syarikat.
#4- Kegagalan Adalah Makanan Wajib Mereka
Kriteria wajib usahawan berjaya adalah mereka imun dengan kegagalan. Setiap kali gagal, mereka tidak akan berputus asa dan menganggapnya sebagai permulaan kepada sesuatu yang baharu. Usahawan sejati percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagi mereka, tiada perkara yang mustahil. Mereka sentiasa berfikiran kreatif dan sentiasa ada cara untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah terbiasa hidup dengan masalah jadi iut sudah menjadi norma kehidupan mereka.
Penulis: Nadia Nazri