Anda gembira sebab anda berjaya, atau anda berjaya kerana anda gembira?
Ramai orang fikir anda gembira kerana anda berjaya. Sebenarnya, kerana anda gembira dan senang hatikah anda berjaya. Positif. Anda positif, fikiran positif, perbuatan anda positif, ini semua menarik kejayaan datang pada anda. Minda yang positif merembeskan hormkn seumpama dopamin yang membenarkan anda untuk memproses lebih info dan membuka lebih banyak peluang untuk anda terokai.
Minda anda 3 kali ganda lebih efektif dan kreatid jika anda positif
Untuk mulakan 2018 dengan positivitu yang menyeluruh, cuba 4 tips ringkas ini.
1) Jangan mula dari kosong
Bila anda menulis resolusi anda nanti, atau semasa anda menulis matlamat harian anda sekalipun, jangan mulakan dengan kertas yang kosong. Tulis apa pencapaian anda tahun ini atau hari ini. Tulis kejayaan-kejayaan anda supaya anda reset minda untuk positif. Bila anda dah nampak apa yang anda capai tahun ini (biarpun ianya kecil, tulis juga), anda akan lebih bersemangat untuk capai lebih lagi tahun hadapan.
Senaraikan kejayaan-kejayaan anda. Dan tulis kejayaan lain yang anda sedang sasarkan.
2) Mulakan hari anda dengan emel atau posting yang positif.
Selalu atau tidak anda semak inbox emel anda mengikut turutan yang mendesak dahulu? Relaks. Cuba kali ini mulakan hari dengan menghantar emel atau membuat posting positif kepada rakan, pekerja mahupun sesiapa sahaja. Atau paling mudah, senyum dan sapa dengan sapaan yang elok dan positif dengan orang yang anda jumpa pagi itu. Emel, posting atau riak muka yang negatif memberi signal pada otak anda bahawa hari anda akan penuh dengan halangan. Tapi dengan senyum, memberi salam atau menulis sesuatu yang gembira dan positif di pagi hari akan merangsang positiviti hari itu.
3) Guna ayat yang positif dalam penulisan matlamat.
Bila anda menulis resolusi, gunakan perkataan “saya sudah capai”, “saya sudah ada”, “saya sudah dapat” berbanding “saya akan” atau “saya mahu”. Contoh, “saya sudah memiliki rumah banglo 4 bilik 2 tingkat pada Disember 2018 di Taman Bintang”. Gunakan bahasa positif dan tulis dengan terperinci. Energi anda pasti berbeza jika anda berbuat demikian.
4) Fokus pada tabiat positif.
Sentiasa optimis. Tulis apa yang anda syukurk setiap hari, panjatkan kesyukuran pada Ilahi setiap hari, amalkan cara oernafasan yang betul dan catat kejayaan-kejayaan anda setiap hari. InsyaAllah, hasilnya pasti terbaik.
Hari baru, tahun baru, memerlukan aura positif yang hebat supaya anda mampu untuk menjalani waktu yang mendatang dengan yakin dan berjaya. Jadi, amalkan 4 cara ini untuk membina sifat positif dalam diri anda.