Menurut kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik yang melibatkan 2,600 usahawan terkenal, terdapat 4 sikap yang sama antara kesemua usahawan ini yang mana membantu membentuk mereka menjadi CEO yang hebat.
Ramai orang fikir, CEO itu orang hebat, pelajarannya gah, pencapaiannya sentiasa luar biasa, mereka ‘perfect’ semua perkara, itu salah. Jika anda tidak memiliki semua karakter tersebut, tidak semestinya anda tidak layak untuk menjadi CEO. Itu hanyalah pandangan tipikal masyarakat. Anda juga boleh jadi seorang CEO jika anda memiliki modal dan sikap yang diperlukan seperti yang tersenarai di bawah.
Ketahui persamaan sikap ini dan amalkan jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang CEO kepada syarikat anda sendiri kelak. Seorang individu yang hebat sudah tentu boleh menjadi CEO yang hebat namun seoang CEO yang hebat telah terbukti hebat pun tidak pernah tahu mereka akan mengecapi kejayaan yang hebat pada permulaannya. Baca dan amalkan kempat-empat sikap ini untuk menjadi seperti mereka.
#1-Boleh
Membuat Keputusan Yang Hebat
Hasil kajian
mendapati kesemua mereka boleh membuat keputusan yang muktamad dalam jangka
masa yang singkat dan mereka sangat produktif dengan cara ini. Mantan kepada syarikat Greyhound, Steve Gorman
memberitahu, apabila dia mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 2003,
syarikat ibu-bapanya itu dalam krisis kewangan dan kehilangan banyak wang serta
hampir bankrap.
Dalam tempoh 4 bulan selepas mengambil alih, perkara pertama yang beliau lakukan adalah mendengar kepada kesemua pegawai tinggi syarikat dan mencari jalan penyesaian. Gorman mendapati, data yang beliau perolehi, beliau memutuskan untuk menukar destinasi perjalanan bas yang biasa ditawarkan di syarikat mereka dan mula bertumpu di U.S dan Kanada kerana permintaan yang tinggi.
4 tahun selepas itu, syarikat tersebut berjaya mendapat keuntungan sebanyak $30 million kadar jualan meningkat 2 kali ganda sejak mereka mengalami krisis. Gordon berjaya membuktikan kehebatannya sebagai CEO bukan kerana dia tahu rancangannya akan berjaya namun dia melaksanakan pelan solusi tersebut kerana ia berpotensi dan sudah tentu walaupun berisiko, membuat keputusan jauh lebih baik berbanding tidak membuat apa-apa keputusan.
#2-Yakinkan
Orang Dengan Idea Anda
Untuk menjadi seorang CEO yang berjaya, sikap utama yang perlu anda ada adalah untuk sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan lingkungan anda and memotivasikan mereka untuk memberikan prestasi yang terbaik. Ini tidaklah bermaksud anda tidak boleh marah, menegur, dan sebagainya hanya kerana mahu kelihatan baik dan sentiasa bersetuju dengan semua perkara.
Tujuannya bukanlah untuk mereka menyukai anda sebagai majikan yang baik semata-mata akan tetapi untuk mereka terdorong untuk melakukan tugas mereka dengan sangat baik. Apa-apa sahaja yang anda mahu laksanakan, anda harus yakinkan mereka untuk melaksanakannya.
Ini adalah apa yang anda boleh lakukan untuk buatkan mereka bersetuju dengan idea anda dan pada masa masih menjaga hubungan yang baik antara satu sama lain.
- Pastikan matlamat yang anda ingin mereka capai disampaikan secara jelas dan difahami sepenuhnya.
- Fahami keperluan emosi, kewangan, fizikal, masalah pekerja anda akan membuatkan mereka dihargai dan melakukan perkara yang sama kepada anda semasa bekerja.
- Cipta budaya dan tabiat di mana pekerja anda akan terbiasa dalam persekitaran kerja dan kekal produktif supaya mereka tidak rasa terbeban.
Ini adalah rahsia kejayaan Apple satu ketika dahulu yang mana apabila Steve Jobs kekal berhubung baik dengan pekerjanya, mereka sentiasa memberikan idea-idea inovasi yang bernas dan berhasil membangunkan syarikat dengan pantas.
Ramai majikan tidak sedar mereka kadang-kadang bersikap kejam terhadap pekerja mereka sendiri hanya kerana mahu tugas-tugas mereka dilaksanakan mengikut cara mereka. Adalah sangat penting untuk sentiasa menjaga kebajikan mereka dan mereka akan yakin dengan anda sebagai majikan mereka.
#3-Sentiasa
konsisten
Menurut kajian, CEO yang sentiasa bertindak secara konsisten, sentiasa menghasilkan keputusan yang konsisten membuatkan orang percaya untuk berada di bawah kepimpinannya. Sukar untuk berjaya jika tidak mendapat kepercayaan daripada orang sekeliling. Jika anda dikenali dengan reputasi yang bagus secara konsisten, anda akan mendapat pelanggan dengan mudahnya. Malah, mendapatkan pekerja yang bagus tidaklah sukar untuk anda.
Semasa memulakan bisnes Virgin Group, Richard Branson tidak bermula dengan ideanya sendiri sebaliknya menggunakan idea pekerjanya kerana Richard amat menyukai sikap dan cara kerja pekerjanya itu, iaitu Brett Godfrey. Branson sentiasa mempercayai Godfrey untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan melantiknya sebagai CEO Virgin Australian. Kini, Virgin Australia adalah merupakan syarikat penerbangan terbesar di Australia.
#4- Amalkan Fleksibiliti
Untuk mencapai puncak kejayaan dan kekal di atas dalam jangka masa yang panjang, seorang CEO atau pemimpin haruslah berupaya untuk berubah mengikut situasi semasa syarikat agar sentiasa relevan dengan keperluan pasaran. Lihat sahaja contoh syarikat Kodak, Nokia dan lain-lain yang kekal dengan matlamat lama mereka menyebabkan mereka ketinggalan kerana peredaran masa.
Apabila dunia berubah, anda juga harus mengubah syarikat anda kerana pelanggan anda adalah dunia di sekeliling anda. Anda harus jual apa yang mereka mahu bukan apa yang anda mahu. Kajian menunjukkan kesemua CEO yang berjaya ini bijak dengan mengadaptasi dengan situasi semasa dan sudah selesa dengan perkara yang tidak menyelesakan.
CEO seperti Jeff Bezos daripada syarikat Amazon contohnya adalah antara CEO yang terbaik kerana sentiasa fleksibel dalam bisnes. Apabila Amazon bermula pada tahun 1994, syarikatnya hanya menjual buku dan ia sememangnya laris.
Namun, untuk mengembangkan syarikatnya, Bezoff mula bertanya kepada pelanggannya, apakah barangan yang mereka mahu beli daripada Amazon dan bermula daripada situ, mereka menjual pebagai jenis produk termasuklah barangan elektrik dan jualan mereka meningkat dan menjadi syarikat gergasi.
Sudah tentu Amazon adalah satu bisnes baharu yang belum pernah diterokai oleh usahawan yang lain, namun Bezoff berani mengambil risiko kerana dia berfikir dalam jangka masa panjang dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.
Sumber rujukan:
Penulis:
Nadia Nazri