#1-Bijak
Mengatur Harga
Tidak semestinya menurunkan harga barang akan meningkatkan peratus jualan. Ini bergantung kepada situasi. Jika produk yang anda jual adalah kategori premium, seperti barangan ekslusif contohnya seperti tudung jenama Duck Scarf, komuniti pembeli anda bukanlah membeli barangan anda kerana harga murah, sebaliknya mereka membayar lebih untuk jenama anda.
Jadi, pengurangan harga tidak akan membantu meningkatkan jualan malah jika salah percaturan akan menjatuhkan jenama anda sendiri yang telah terbina selama ini.
Cuba bayangkan jika syarikat merendahkan harga tiket mereka setara syarikat Air Asia atau lebih rendah lagi, maka apa yang akan terjadi? Mungkin lebih ramai yang akan terbang dengan MAS akan tetapi, mampukah syarikat mereka kekalkan kualiti servis yang sama pada harga yang lebih rendah? Sampai bila?
Adakah perubahan ini tidak akan menjejaskan kewangan syarikat pada masa yang sama. Apa yang pasti, pelanggan lama yang menyukai MAS kerana servis eksklusif mereka pasti akan beralih arah kerana mereka bukan mengejar pada nilai harga akan tetapi nilai kualiti dan jenama.
Bagi produk yang benar-benar berkualiti dan termasuk dalam kategori premium, anda boleh guna cara lain untuk meningkatkan jualan anda, contohnya seperti menambah nilai eksklusif pada barangan anda atau perkhidmatan.
Contohnya, tudung berjenama anda dibungkus dalam kotak eksklusif saduran emas atau batu Swarovski yang boleh diguna pakai sebagai hiasan dalam rumah atau bingkai gambar contohnya. Sudah tentu harganya lebih mahal, akan tetapi, pasti jadi buruan dan inilah cara anda meningkatkan keuntungan.
Selain itu, susunan dalam kedai pun memainkan peranan yang penting. Jika anda ada barangan premium dan ada juga menjual barangan biasa, anda boleh letakkan barangan harga murah yang lebih murah berhampiran atau bersebelahan harga mahal.
Secara psikologinya, jika pelanggan mencari nilai jenama, mereka akan pilih produk premium tanpa mengira harga akan tetapi jika mereka menyasarkan kepada nilai harga, mereka pasti akan terus memilih produk yang murah yang berada berdekatan produk mahal. Anda juga pernah begitu bukan?
#2-Pastikan
Pekerja Mesra Alam
Seperti yang
anda harus maklum, pekerja adalah antara faktor utama yang menentukan jatuh
naik bisnes anda. Kerana mereka yang akan melayan pelanggan anda dan
mempengaruhi mereka untuk membeli barangan anda. Jadi, kerja nombor satu anda
semasa mengambil pekerja adalah pastikan mereka mesra alam dengan pelanggan
anda.
Pastikan mereka tidak malas dan kekok untuk melayan pelanggan anda yang ada sejuta kerenah. Ingatkan mereka, mungkin pelanggan akan bertanya berkali-kali akan tetapi tidak membeli, tidak mengapa, layan dengan hormat, masih ada potesi prospek ini akan membeli pada masa depan dan yang paling penting, dengan layanan yang ikhlas dan mesra, walaupun mereka tidak membeli, pasti mereka akan syorkan kepada kawan-kawan dan ingatan mereka terhadap jenama dan syarikat anda adalah yang baik-baik sahaja.
Sebaliknya, jika sekali pelanggan dilayan dengan kasar atau tanpa hormat walau siapapun mereka, sudah pasti anda bakal kehilangan pelanggan atau prospek malah imej syarikat, anda dan jenama turut tercalar.
#3-Buka Lebih
Lama Atau Lebih Awal
Dalam Islam, disarankan orang Muslim untuk mencari rezeki sepagi yang mungkin. Orang putih pun kata yang sama, “Early bird catches the worm”. Jadi, bergantung kepada perniagaan, kalau makanan contohnya, jika anda buka lebih awal dari kedai lain, mereka akan lebih mengingati kedai anda dan akan sering ke kedai anda jika kualiti makanannya bagus.
Sama seperti kedai barangan lain, pasti orang akan lebih menyedari kedai anda. Pasti ada keberkatannya di situ, jika masih awal dan tiada pelanggan, anda boleh membuat kerja-kerja lain sambil beroperasi.
Jika perniagaan anda tidak sesuai untuk bermula pada waktu pagi, mungkin and boleh mempertimbangkan untuk tutup lebih lambat dari kedai lain. Kedua-dua cara ini akan menyerlahkan kedai anda daripada kedai lain.
Jika buka 24 jam, lagi bagus, seperti kedai percetakan contohnya. Perkhidmatan seperti ini sememangnya didambakan oleh ramai pelanggan. Pastikan anda mengatur masa dan jadual syif dengan lebih baik dan tidak membebankan pekerja dan diri sendiri dengan pengurusan bisnes yang tidak sistematik.
Pastikan anda mengatur masa dan jadual syif dengan lebih baik dan tidak membebankan pekerja dan diri sendiri dengan pengurusan bisnes yang tidak sistematik.
#4-Pastikan
Pelanggan Mencari Bukan Tercari-Cari
Masih ada orang bisnes yang masih tidak pandai memaksimakan pemasaran dan promosi syarikat sendiri. Selain daripada melakukan pemasaran yang berbayar, gunakan semua peluang yang anda untuk promosikan bisnes.
Pastikan informasi asas seperti nombor telefon kedai, emel, lokasi atau koordinat tempat, jenis perkhidmatan terpampang dengan jelas di depan kedai, di laman web dan dimana-mana sahaja yang boleh terlihat oleh orang ramai sama ada pelanggan, prospek atau suspek.
Pastikan penggunaan font, warna, material adalah sesuai untuk target pelanggan anda. Nampak remeh akan tetapi perkara inilah yang akan menghidupkan bisnes anda dan membuatkan orang sedar syarikat anda wujud.
Jika pelanggan sukar untuk mencari info yang diperlukan baik secara online atau offline, pasti mereka akan beralih arah kepada syarikat lain yang lebih mudah dicari atau diperolehi sekitar kawasan anda. Pernah tak anda tercari-cari kedai yang ingin dituju atau cuba hubungi nombor mereka tetapi gagal dan untuk tidak membazir masa, terus mencari alternative kedai yang lain. Pernah bukan?
Pastikan anda sentiasa ‘update’ maklumat bisnes anda supaya mudah terlihat dan kekal wujud. Jika tidak, tak perlu nak salahkan sihir pesaing yang membuatkan orang tak nampak kedai atau sebagainya, sikap acuh tak acuh anda yang menghaibkan bisnes anda di mata pelanggan.
Sumber rujukan:
Penulis: Nadia Nazri