Gambar dapat menyalurkan maklumat sesuatu produk dengan cepat dan berkesan. Ia merupakan elemen di dalam promosi. Pengeluar dapat menggunakan kaedah bergambar ini bagi melariskan jualan. Ia juga membantu orang ramai bagi mendapatkan sesuatu produk yang diperlukan.
Contoh gambar papan iklan McDonald yang memberi pengaruh besar kepada minda dan pemikiran kita di mana gambar tersebut mengundang rasa lapar dan perlu segera mendapatkan produk tersebut bagi memenuhi permintaan perut ketika itu.
Oleh itu pemilihan gambar yang betul akan mampu mempertingkatkan jualan dipasaran. Gambar mestilah memenuhi kreteria yang ditetapkan kerana jika salah memilih gambar pertama secara tidak langsung akan mengundang masalah dalam perniagaan anda.
#1- Gambar Mestilah WOW
Gambar mestilah mempunyai emosi kerana emosi akan mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli atau tidak produk yang dijual.
Contohnya jika anda memperlihatkan emosi gembira dalam gambar tersebut kerana berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg iany akan memberi impak kepada pelanggan yang melihat gambar tersebut. Secara tidak langsung ianya meningkatkan kuasa beli antara mereka.
Gambar yang hendaklah diiklankan mestilah mempunyai ‘orang’ kerana interaksi antara manusia dengan manusia akan mewujudkan faktor positif. Orang dalam gambar tersebut mestilah mempunyai ekspresi muka gembira, sedih atau marah.
Selain tu, gambar tersebut mestilah mengambarkan tentang bisnes dan objektif iklan anda. Ianya mestilah relevan dengan objektif iklan anda.
2# – TEXT
Penggunaan warna dalam text amat penting di mana anda disarankan menggunakan dua warna untuk membezakan keyword produk anda. Highlightkan pada keyword produk yang dipasarkan supaya mesej tersebut jelas dan sampai kepada pelanggan.
Contohnya untuk word biasa anda guna color hitam tetapi untuk keywords, anda guna color merah dan mungkin boleh diBOLDkan supaya jelas dan tangkapan pertama pelanggan akan berfokus kepada perkara yang dihighligtkan.
3# – LOGO
Pentingnya logo produk anda diletakkan dalam gambar supaya gambar tersebut tidak sewenang-wenangnya dicuri oleh perompak siber. Pesaing tidak mudah untuk mengambil gambar anda sesuka hatinya walaupun produk yang dipasarkan adalag sama.
Dlm gambar tersebut, anda perlukan masukkan logo brand anda…Byk kelebihan bila anda masukkan logo dlm gambar..Kt sini, Sifufbads listkan 3 kelebihannya..
Peletakan logo pada gambar juga adalah untuk meningkatkan awareness pada brand anda dan juga untuk menunjukkan consistency anda dlm posting.
Satu kelebihan jika anda adalah seorang yang kreatif dalam mencipta logo syarikat anda yang mudah membuatkan pelanggan mengingatinya buat kali kedua dan seterusnya. Gunakan kebijaksanaan anda sebaiknya dalam penciptaan logo yang simple tetapi unik.
4# – Colour Yang Ceria
Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna perniagaan yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.
Di bawah kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.
Putih = Kesucian
Hitam = Kemewahan
Kuning = Amaran
Biru = Kepimpinan
Purple = Royalty
Hijau = Alam semulajadi
Merah = Menarik perhatian
5# – Font
Pemilihan jenis tulisan adalah sangat membantu dalam memberi tanggapan yang baik terhadap kredibiliti anda sebagai penjuaal.
Anda perlu bijak memilih tulisan berdasarkan situasi dan objektif produk yang ingin dijual contohnya jika mensasarkan golongan tua mestilah mengunakan fonta yang besar dan jelas kerana golongan begini kebanyakannya mempunyai masalah rabun jauh dan rabun dekat.
Jika gambar iklan tersebut ditujukan pada golongan kanak-kanak yang mempunyai jiwa riang gembira, jenis tulisan yang dipilih mestilah kena fun dan anda boleh gunakan font yg bulat-bulat bagi menaikkan emosi ceria.