Bisnes anda ada “Unique Selling Point” (USP)?
Jika belum ada, anda perlu bertindak segera untuk bina “Unique Selling Point” (USP) ini.
Apa itu “Unique Selling Point” (USP)?
USP bermaksud Unique Selling Point. USP berfungsi untuk menarik minat pelanggan dalam membeli produk tawaran dan perkhidmatan anda.
Selling Point bermaksud “Kenapa pembeli membeli produk anda?” Jika anda penjual produk kecantikan, kenapa pembeli membeli produk anda? Jika anda penjual tudung, kenapa pembeli membeli tudung dari anda? Untuk mengetahui apakah selling point anda, anda perlu menjawab persoalan ini dahulu.
Unique Selling Point anda perlu menjawab soalan berikut, “Kenapa pembeli membeli daripada anda?” Pesaing anda berlambak diluar sana. Jadi, anda perlu ada keistimewaan tersendiri.
Disinilah “Unique Selling Point” (USP) untuk bisnes anda berfungsi.
Cara yang paling mudah untuk membuat belian tanpa banyak syarat akan menarik minat prospek untuk buat pembelian. Jangan merumitkan keadaan dengan membuat pelbagai syarat yang tidak muhasabah. Anda nak sale masuk cepat jadi anda kena memudahkan pelanggan. Mudah cara, mudah kerja, mudah sale masuk mencurah.
Anda boleh sertakan cara-cara membuat pembelian melalui kaedah bergambar. Jadi, ianya senang untuk prospek follow dan jika caranya mudah, pasti sale anda indah.
Mudah dan cepat. Barang yang dipesan cepat sampai ke pelanggan akan membuatkan hati pelanggan berbunga-bunga.
Beri penjimatan pada pelanggan. Contohnya, jika mereka beli satu helai tudung, berharga RM39.90. Tetapi jika mereka beli dua harga tudung akan dikurangkan RM10. Dan begitulah seterusnya.
Pelanggan juga boleh membeli dengan harga ahli jika mendaftar sebagai ahli. Biarkan pelanggan menikmati penjimatan berganda-ganda sehingga mereka rasa ‘sunyi’ seandainya jika tidak buat belian dengan anda.
Kenapa pelanggan membeli produk anda? Jika anda menjual produk ekzema, pastinya ibu-ibu yang menghadapi masalah anaknya penghidap ekzema akan mencari produk anda.
Jika mereka berjaya mengatasi masalah yang dihadapi dan menikmati manfaat yang diperolehi hasil daripada penggunaan produk dan perkhidmatan anda pasti mereka akan menjadi reppeat customer anda.
Jika anda mempunyai bisnes umrah, kelengkapan untuk menunaikan umrah boleh didapati semuanya dalam website anda. Pelanggan tidak perlu pergi banyak kedai atau banyak website dilawati tetapi hanya fokus pada website anda sahaja.
Semuanya lengkap. Hal ini akan memberikan kemudahan secara fizikal kepada pelanggan untuk berurusan dengan anda.
Pelanggan diberi jaminan, bahawa jika barang yang dibeli terdapat masalah, mereka boleh memulangkan kembali barang tersebut dan pulangan wang akan diberikan.
Jaminan untuk tukar produk seperti saiz tudung yang tidak sesuai atau jaminan 30 hari untuk barang-barang yang berharga akan mencuri minat pelanggan untuk menikmati belian dengan anda.