Dalam perniagaan perkara utama yang menjadi matlamat utama adalah untuk memperolehi keuntungan. Kebanyakan pemilik bisnes berpendapat mereka perlu meningkatkan jualan dengan mendadak untuk membolehkannya memperolehi keuntungan yang lebih tinggi.
Hakikatnya perkara sebegini bukan mudah untuk dicapai, lebih-lebih lagi dalam jangka masa pendek. Tetapi anda jangan risau kerana terdapat cara lain untuk mendapatkan banyak jualan, atau meningkatkan keuntungan. Berikut adalah 5 langkah bagi meningkatkan keuntungan dalam bisnes.
#1-Kira Berapa Banyak Keuntungan Kasar Anda
Pertama anda perlu tahu keseluruhan nilai keuntungan kasar anda. Jangan gunakan nilai anggaran inventori dalam laporan kewangan tahunan sebelum ini.
Sediakan akaun sehingga ke hujung bulan sebelumnya daripada perisian perakaunan anda. Menggunakan sistem inventori, jadi anda tidak lagi perlu membuat kiraan stok (stock take). Gunakan nilai bandingan (benchmark) daripada akauntan anda.
Jika sebelum ini anda mengalami kekeriluan tentang nilai keuntungan kasar anda anda perlu semula mencari nilai untung kasar bagi produk dan perkhidmatan secara berasingan, dan selepas itu lakukan analisa terhadap keuntungan kasar bagi setiap bahagian, kategori produk, pembekal atau pelanggan bersesuaian dengan perniagaan anda.
Dengan cara ini anda akan dapat mengenalpasti aktiviti atau produk mana yang memberi keuntungan yang rendah atau merugikan dan yang mana lebih menguntungkan. Dengan itu anda boleh menghentikan jualan yang kurang menguntungkan dan fokuskan kepada yang lebih menguntungkan.
#2-Kaji Semula Semua Harga
Anda perlu mengenalpasti adakah anda menawarkan harga yang sama untuk semua pelanggan? Jika ya, kenapa? Anda mungkin akan mendapati sesetengah pelanggan kurang sensitif terhadap harga, terutama sekali jika mereka yang tidak membayar sendiri contoh jabatan kerajaan atau organisasi besar. Adakah anda menaikkan harga sesuai dengan kenaikan harga pengedar untuk mengekalkan persaingan?
#3-Tiada Diskaun
Memberi diskaun memerlukan keputusan yang tepat kerana ianya boleh mengundang impak negatif dalam perniagaan anda. Jangan sesekali mengikut kehendak hati untuk menawarkan harga yang lebih murah demi menpercepatkan stok habis dijual.
Memberikan diskaun boleh menjejaskan keuntungan. Pada nilai keuntungan yang sama pada 50%, jika diskaun harga adalah 10%, anda perlukan 25% dalam kenaikkan jualan hanya untuk kekalkan jualan.
#4-Gunakan Sistem Inventori
Dengan menggunakan sistem inventori, anda dapat menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada paras yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pasaran. Ia dapat mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok dan produk yang tidak laku.
Yang paling penting, anda dapat mengekalkan level inventori mengikut keperluan supaya tidak menjejaskan aliran tunai perniagaan.
#5-Naikkan Harga
Anda jangan bimbang tentang perkara ini kerana anda perlu menerima hakikat bahawa kos overhead perniagaan sentiasa meningkat. Ya, kita mungkin akan kehilangan sebilangan pelanggan .
Walau bagaimana pun, jika keuntungan anda adalah 50%, kenaikan harga sebanyak 10% bermaksud anda boleh kehilangan 17% daripada pelanggan tetapi anda tidak akan lebih rugi.