Kedatangan tahun baru 2018 dalam beberapa hari ini adalah masa yang sesuai untuk memeriksa semula faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan yang anda usahakan dan langkah-langkah bagaimana untuk mengembangkan keuntungan anda.
Walaupun nampak mudah, tapi belum tentu anda dapat lakukannya secara sistematik. Jangan cari alasan lagi untuk tidak amalkannya kalau anda benar-benar mahu tingkatkan keuntungan perniagaan anda.
Jadi, bagaimana cara meningkatkan perolehan sekaligus keuntungan dalam perniagaan? Berikut adalah tips yang disarankan oleh Brad Sugars yang dikenali sebagai Five Business Chasis:
#1-Tingkatkan Prospek (Leads).
Anda boleh gunakan medium pengiklanan, mengedar risalah di kawasan perumahan, join pameran, buka cawangan baru dan lain-lain.
Contohnya anda membuka kedai di pusat membeli-belah. Jumlah orang pengunjung yang datang ke kedai anda secara purata adalah 500 orang, maka prospek/leads anda adalah 500.
Kemudian anda edarkan risalah di pintu gerbang pusat membeli belah tersebut yang menarik orang ramai untuk mengunjungi kedai anda.
Keberangkalian prospek yang akan mengunjungi kedai anda melalui pengedaran risalah tersebut adalah 200 orang, jadi prospek anda menjadi 700. Semakin ramai yang mengunjungi kedai anda, semakin banyak prospek anda.
#2-Tingkatkan Jumlah Conversion (Prospek Menjadi Pelanggan)
Conversion adalah jumlah prospek yang akhirnya membeli produk anda. Contohnya daripada 700 prospek yang mengunjungi kedai anda, 150 orang yang membeli.
Maksudnya conversion anda adalah 25%. Bagaimana cara meningkatkan conversion? Contohnya: Memberi jaminan, berikan jaminan perkhidmatan lepas jualan, kiriman percuma dan sebagainya.
#3-Tingkatkan Jumlah Purata Pembelian
Daripada jumlah urusniaga tersebut, berapakah purata urusniaga? Contohnya, kedai anda mendapat perolehan RM500 sehari dengan jumlah urusniaga 20, maka purata urusniaga anda adalah RM25.
Caranya? Anda pernah minum di Starbuck? Setiap kali pelanggan membuat bayaran, pelayannya akan bertanya: “En nak tambah extra krim? Jika kita menjawab “ya”, dia akan bertanya: “besar atau kecil?”. Kalau kita jawab “kecil sahaja”, dia akan tanya lagi: “En. Nak tambah kek atau cupcake?” atau “waffle?”, dan sebagainya.
Pertanyaan sebegini akan mengoda pelanggan yang sedia ada dan membuka peluang kepada pelanggan baru untuk turut serta membelinya.
#4-Naikkan Jumlah Urusniaga
Jumlah urusniaga adalah tentang berapa banyak urusniaga yang berlaku di kedai anda dalam sehari, seminggu atau sebulan.
Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk tingkatkan jumlah urusniga? Anda boleh jalankan promosi berbentuk pemberian hadiah, diskaun, mata ganjaran, boucher, bonus dan lain-lain.
Secara tidak langsung ianya membantu menarik pelanggan untuk berbelanja di kedai anda keran tertarik dengan tawaran yang dibuat.
#5-Naikkan Margin Keuntungan
Contohnya, kos produk anda adalah RM75.
Anda jual dengan RM100, maka keuntungan anda adalah RM25 atau 25% (250:1000).
Kemudian anda naikkan harganya sebanyak RM10 menjadi RM110, maka margin keuntungan menjadi 32% atau naik 7%.
Mari kita lihat pengiraannya:
SEBELUM
- Prospek 100 x Conversion25%
- 25 Pelanggan x 2 Urusniaga x Purata Urusniaga Rm200
- Jumlah Perolehan RM10,000 x 25% Margin Keuntungan
- Untung RM2500
Dengan teknik-teknik di atas, katakan kita hanya berjaya meningkatkan 10% saja untuk setiap poin Business Chasis di atas. Mari kita lihat kiraannya.
SELEPAS
- Prospek 1100 x Conversion 27.5%
- 32 Pelanggan x 2.2 Urusniaga x Purata Urusniaga Rm220
- Jumlah Perolehan RM14,616.80 x 27.5% Margin Keuntungan
- Untung Rm4,019,620.
Jadi, dengan kenaikan 10% saja dari setiap poin Business Chasis di atas anda berjaya menambah untung sebanyak RM1,519.62 atau 61%!