Anda pemilik kereta Honda?
Pastinya anda rasa gah berada di jalan raya kerana jenamanya menguasai pasaran kereta dunia.
Tetapi tahukah anda, pengasas perniagaan Honda, Soichiro Honda, selalu mengalami kegagalan sewaktu menjalani kehidupannya sejak kecil sehinggalah lahirnya sebuah industri permotoran bertaraf antarabangsa itu?
Kegalan demi kegagalan hadir di awal permulaan bisnesnya. Dia pernah jatuh sakit, kehabisan wang dan juga diberhentikan dari kuliah.
Namun begitu, dia terus memasang impian demi impian sehingga impian itu menjelma menjadi realiti dalam kehidupannya. Dan akhirnya, hasil kerja keras dan ketekunannya dia berjaya sebagai usahawan yang disegani.
Sejak itu, kejayaan tidak pernah lari dari tangannya. Daripada motosikal, perusahaannya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan kereta untuk pasaran antarabangsa.
Jika anda mahu jadi usahawan yang berjaya, anda perlu ikut nasihat yang disampaikan oleh Soichiro ini.
#1-Produk Yang Hebat Akan Ada Ramai Pembeli
Rahsia kejayaannya adalah menghasilkan produk laku keras. Ini dibuktikan Soichiro bila Honda mengeluarkan Honda CB750 (Superbike pertama di dunia), CBX 1000 (Superbike enjin 6-sebaris), VFR750R (Juara WSBK V4), CBR900RR Fireblade (Revolusi dunia superbike) malah motosikal kecil yang juga lebih kita kenali dengan nama Honda Cub.
Harga tidak menjadi masalah kepada pembeli kerana produk yang dihasilkan begitu hebat sehingga tiada timbulnya persoalan tentanh harga. Dan produknya laris seperti pisang goreng panas.
#2-Jangan Pandang Rendah Pada Kemampuan Orang Lain.
Soichiro merupakan peminat Napoleon Bonaparte, pemimpin dan komander tentera dari Perancis kerana pencapaiannya.
Mereka berdua mempunyai saiz badan yang hampir sama tetapi keduanya berkongsi pemikiran yang bijaksana. Soichiro juga pernah berkata – “Saya akan menjadi Napoleon dalam bidang mekanikal, kecil tetapi popular.
Soichiro sangat mengambil berat tentang kemampuan orang lain. Baginya untuk berjaya tidak perlu mengukur fizikal seseorang kerana penyakit itu hanya mengundang kegagalan berterusan.
#3- Kejayaan Terhasil Daripada 99 Peratus Kegagalan.
Kejayaan itu teerhasil daripada 99 peratus kegagalan. Jangan pernah meletakkan kegagalan itu sebagai lambang kemusnahan.
Antara kegagalan Soichiro ialah bila gagal memohon kerja dengan Toyota. Malah kilangnya juga pernah musnah dalam Perang Dunia Kedua. Beliau sentiasa positif dan bangkit kembali.
#4- Untuk Berjaya Dalam Hidup Tidak Perlu ‘Terlahir’ Sebagai Orang Kaya
Maksudnya kita tidak perlu dilahirkan dalam keluarga bangsawan ataupun hartawan kaya raya untuk berjaya dalam kehidupan. Malah Soichiro sendiri lahir dalam keluarga yang sederhana di mana ayahnya seorang tukang besi manakala ibunya hanya seorang penenun kain.
Berbeza dengan pendekatan anak sekarang yang dihidangkan dengan banyak kemudahan dan kemewahan sehingga terlupa untuk mencari jalan kejayaan hasil usaha sendiri.
#5-Pengalaman Lebih Penting Daripada Sijil
Soichiro amat mementingkan pengetahuan tanpa terikat dengan sijil kelayakan. Pengetahuan boleh dicari melalui pengalaman bekerja sama seperti yang dilalui Soichiro yang mula bekerja di bengkel membaiki kereta sejak berumur 18 tahun.
Bakat dan minat diasah daripada pengalamn dan pengetahuan dalam kerjaya yang diceburi bukan di atas kertas yang diiktiraf. Agak pedih untuk diterima tetapi ada betulnya pendapat Soichiro di zaman yang penuh dengan kepadatan golongan bijak pandai zaman kini.
#6-Belajar Daripada Kegagalan.
Kegagalan adalah titik permulaan jalan kejayaan. Itulah yang diamalkan pemilik Honda ini. Tetapi prinsip yang dipegangnya dalah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Gagal ditempat yang sama adalah satu titik ketidakcerdikan dalam menghapuskan kegagalan lalu.
Tidak perlu terhiris dengan kegagalan. Jika hari ini anda gagal mencipta sesuatu produk yang diimpikan pada asalnya, jangan berputus asa. Gali segala kelemahan dan cungkil segala kelebihan yang ada. Pasti kejayaan menyusul tiba.
#7- Saya Boleh Berfikir Dengan Lebih Baik Jika Saya Ada Spanar Di Tangan Saya.
Nak buat apa spanar di tangan? Tentulah bagi Soichiro yang sememangnya seorang jurutera mekanikal sejati yang sentiasa membawa spanar ke mana-mana khususnya tempat kerja.
Beliau juga seorang yang tegas dan tidak teragak untuk memukul mana-mana pekerja yang tidak mahu belajar dari kesalahan (tapi tak adalah pukul sampai cedera parah). Bahkan pengganti Soichiro, Kiyochi Kawashima berkata, “Bekerja dengan Soichiro bererti dua perkara – Mengundurkan diri (berhenti) ataupun mencapai kejayaan dengan mempelajari ilmu beliau”.