Sebagai pemilik perniagaan kecil, anda mungkin fikir ianya mustahil untuk anda dapatkan pelanggan dengan memperoleh senjata dalam marketing.
Tiada lagi alasan untuk anda tidak bergerak aktif dalam menjalankan urusan pemasaran walaupun anda hanya memiliki bisnes kecil.
Ikuti petua dan teknik yang telah terbukti daripada usahawan yang telah berjaya untuk membantu mendapatkan idea pemasaran supaya bisnes anda berkembang dengan pesatnya.
#1-Beri Pelanggan Cuba
Jika anda jual produk makanan, anda boleh beri pelanggan mencuba rasai kelazatan produk anda. Dengan cara ini, pelanggan akan rasa yakin jika produk yang dibeli lazat dan menepati citarasa.
Contohnya bulan puasa semakin hampir. Anda boleh beri pelanggan cuba biskut raya keluaran anda sebelum pelanggan membuat tempahan.
#2- Join Event
Jika anda kaki event ianya satu kelebihan kepada anda untuk menyelit produk keluaran anda di dalam majlis tersebut. Selalunya dalam event kecil atau besar akan menjadi tempat berkumpulkan semua ahli perniagaan dalam bidang yang berlainan. Disamping dalam memasarkan produk anda, anda juga dapat mengutip ilmu pemasaran daripada usahawan lain.
#3-Buat Event Sendiri
Jika anda tidak menyukai acara yang anda hadiri, buatlah event anda sendiri! Anda boleh wujudkan satu acara rangkaian paling berjaya yang lain daripada orang lain. Jika anda kreatif ianya tidak memerlukan bajet yang besar.
#4- Jadi Sukarelawan
Rahsia untuk mendapatkan yang terbaik daripada kumpulan atau organisasi bukan sahaja untuk menghadiri tetapi untuk memimpin. Anda boleh join badan-badan usahawan di Malaysia.
Lagi bagus jika anda memegang jawatan dalam badan tersebut. Hal ini akan membuka ruang dan peluang kepada anda untuk memperkenalkan produk anda secara percuma. Sambil menyelam, sambil minum air. Bagus kan?
#5-Mulakan Podcast
Todd Schnick dari Dreamland Interactive adalah orang pertama mencipta podcastnya sendiri – dia menemuduga pemilik perniagaan lain. Orang suka menceritakan kisah mereka, dan dengan menonjolkan mereka pada podcast, anda membuat sambungan segera dan bermakna. Ia juga cara terbaik untuk mendapatkan pengetahuan mengenai topik yang anda minati.
#6- Hantar E-mel Mingguan
Sekiranya anda ingin berhubung dengan pelanggan anda, tidak ada yang lebih mudah daripada membuat e-mel mingguan yang memberikan nilai.
Anda boleh menghantar email setiap hari isnin dan memanggilnya sebagai Motivator Monday 2-Minute. Tulislah apaa sahaja ucapan positif sebelum berkempen tentang produk jualan anda.
Jangan terus serang pelanggan dengan produk jualan anda. Pasti anda kena tembak dengan pelanggan nanti. Selitkan testimoni terhebat yang berada dalam simpanan anda juga.
#7-Buat Giveaway Percuma
Paling disukai oleh semua orang. Tapi biarlah mengikut bajet dan kemampuan anda ya. Jangan terlalu taksub pula buat giveway sampai sale tak masuk. Perlu bijak cari kombinasi antara giveaway yang dibuat sehingga mendatangkan sale yang padat!
Selalunya giveaway ini dibuat di laman media sosial. Jika anda ingin buat giveaway ini jangan terlalu panjangkan tarikh peraduan kerana ianya akan mengundang masalah. Buat giveaway yang jarak masa yang singkat sahaja.