MERSING: Satu mayat dijumpai terapung di muara Kemaman, Terengganu kira kira jam 12.55 tengah hari Rabu.
Maklumat diterima daripada Balai Polis Tioman oleh nelayan tempatan yang menjumpai mayat berkenaan.
Mayat tersebut diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kemaman sebelum dihantar ke Hospital Kemaman bagi tindakan selanjutnya.
Difahamkan, wakil kedutaan Singapura dan keluarga mangsa dalam perjalanan ke hospital terbabit untuk proses pengecaman.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak APMM sama ada mayat berkenaan adalah salah seorang mangsa yang hilang.
Dalam kejadian Khamis lalu, dua mangsa warganegara Singapura dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 rakan lain antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Pertang di daerah itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL