Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama-sama Persatuan Francais Malaysia (MFA) kini menganjurkan Ekspo Francais Nasional 2019 bagi edisi utara yang sedang berlangsung di Pulau Pinang.
Program selama tiga hari di Gurney Paragon Mall yang bermula 16 hingga 18 Ogos ini dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Mana-mana individu yang berhasrat menjadi usahawan atau berminat menjalankan perniagaan francais dialu-alukan menyertai ekspo ini dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ekspo perniagaan, peluang kerjaya, seminar dan sebagainya disediakan.
Ekspo ini turut menghimpunkan pelbagai jenama-jenama francais terkemuka dari dalam dan luar negara khusus untuk khalayak mendapatkan informasi mengenai peluang perniagaan francais tempatan dan juga antarabangsa.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sosial FranchiseMalaysia atau laman web www.mfa.org.my .