SME BANK
Bermulanya penubuhan SME Corp. Malaysia pada 2 Mei 1996, yang merupakan sebuah agensi khusus ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertujuan untuk membantu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan memberi sokongan terhadap infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan lain-lain program sokongan.
Ia juga dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), yang mempunyai matlamat dalam menjadikan IKS Malaysia berkeupayaan dan berdaya saing di peringkat global.
Pada tahun 2007, MPPK telah memutuskan untuk membentuk sebuah agensi iaitu SMIDEC bertujuan menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan agensi. SMIDEC telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009.
Pada November 2018 SME Corp. Malaysia telah diwartakan sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Misi utama SME sebagai organisasi unggul, adalah untuk menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya tahan dan berdaya saing menerusi penyelarasan dan penyediaan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan, disamping memperkasakan kelompok penting PKS dengan proses yang cekap, model perniagaan yang kental, akses kepada sumber kewangan, perkongsian pintar, strategi kemasukan pasaran dan penyelesaian pertumbuhan yang mampan, menerusi pelbagai platform dan program untuk pembangunan PKS dan usahawanan.
Ia juga menjadi pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan perniagaan kepada PKS dan usahawan menerusi Hab PKS yang terletak di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, dan 12 Pejabat Negeri di seluruh negara.
SME Corp. Malaysia menyelaras, memperkemas, memantau dan menilai kemajuan dan keberkesanan program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 15 Kementerian dan lebih daripada 60 agensi.
SME Corp. Malaysia juga merupakan agensi yang memacu pelaksanaan Pelan Induk PKS (2012 – 2020) yang melakar hala tuju dasar pembangunan PKS sehingga tahun 2020. Pelan Induk ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS menerusi strategi yang dipacu oleh inovasi dan produktiviti bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Bagi terus menyokong dan mengalakkan pembangunan PKS dan usahawan di Malaysia,
SME Corp. telah menjalin kerjasama rapat dengan persatuan industri dan rakan strategik daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.
JENIS PINJAMAN
Small Business Financing (SBF)
Membantu meningkatkan perniagaan kepada tahap yang lebih tinggi
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan ialah RM100 ribu hingga RM750 ribu
Syarat Pinjaman
Perniagaan mestilah telah beroperasi selama 2 tahun dan mampu memperoleh jualan tahunan sebanyak RM 250 ribu.
Pembiayaan Kontrak
Bagi Usahawan dan mana-mana kontraktor dari Kementerian, Jabatan atau agensi kerajaan boleh membuat permohonan dibawah skim ini.
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan adalah 100% dari jumlah kos kontrak yang telah diterima.
Syarat Pinjaman
- Pemohon mestilah kontraktor utama atau sub kontraktor yang dilantik sahaja.
- Telah mendaftar dari salah satu badan:
- Kementerian Malaysia (MOF)
- Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
- Badan-badan perlesenan yang terlibat
Business Accelerator Program (BAP)
Disasarkan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk membeli aset tetap dan sebagai modal kerja.
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan adalah dari RM50,000 sehingga RM1,000,000 dengan kadar keuntungan hanya 4% setahun.
Syarat Pinjaman
Syarikat perlu berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan telah beroperasi selama 6 tahun.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: [email protected]