SEBUAH kumpulan pancaragam dari Malaysia muncul juara di Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, yang berlangsung pada Sabtu.
Sri Dasmesh Pipe Band dinobatkan sebagai juara bagi kategori Gred 4B ‘drumming’ dan ‘best parade’.
Mereka mencatat markah tertinggi keseluruhan selain muncul sebagai pasukan perarakan terbaik.
Pencapaian cemerlang di Glasgow itu adalah hasil latihan keras demi memberikan yang terbaik untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.
Ini merupakan kali kedua band tersebut mengambil bahagian dalam siri kejohanan dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Band Paip Diraja Scotland itu.
“Kami mahu memberi peluang kepada anak muda di Malaysia untuk bermimpi dan mencapai impian mereka.
“Ini menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai pemuzik bertaraf dunia, ” kata wakil kumpulan itu, Tripert Singh.
Tripert juga menganggap kemenangan mereka sebagai hadiah untuk Hari Kemerdekaan negara yang ke-62, bulan ini.
Kira-kira 8,000 pemain yang menganggotai 195 kumpulan menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.
Selain Malaysia, 13 negara negara lain yang turut bertanding ialah New Zealand, Australia, Kanada, Austria, Switzerland, Eire, Amerika Syarikat, Belgium, England, Sepanyol, Ireland Utara dan Scotland.
Sri Dasmesh yang mengambil nama sempena Guru Sikh yang kesepuluh, ditubuhkan pada tahun 1986 adik-beradik, Sukdev Singh dan Harvinder Singh.