LOS ANGELES: Linda Hamilton pernah meletakkan standard baharu bagi pelakon aksi wanita lebih 30 tahun lalu, namun kembalinya aktres itu dalam francais filem Terminator menunjukkan ia lebih daripada suatu perjalanan ‘pencarian jiwa’.
Hamilton, 63, kembali disatukan dengan Arnold Schwarzenegger dan pengarah James Cameron dalam filem Terminator: Dark Fate, yang dijadual memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada Jumaat.
“Saya seumpama berdepan dengan krisis kewujudan pada permulaan filem. Saya tidak pernah berasa lebih sunyi dalam hidup berbanding ketika saya baru mula (menceburi industri). Itu bagaimanapun bukan cerminan tentang apa yang berlaku dis et penggambaran dan di sekeliling saya. Ia tentang apa yang bergejolak dalam diri saya sendiri,” ujar aktres itu.
Berlatarkan susur masa dua dekad selepas Hamilton memainkan peranan Sarah Connor menjadi ibu yang gagah dan bertempur dengan cyborg dari masa depan demi menyelamatkan anak lelakinya dalam Terminator 2: Judgment Day, filem terbaharu bakal menyaksikannya bergabung dengan seorang manusia berkeupayaan luar biasa.
Mereka akan berganding bahu untuk menyelamatkan seorang pekerja kilang wanita keturunan Mexico, tentunya dari ancaman penghapusan ‘terminator’ yang datang dari masa depan.
Hamilton berkata dia mempersiapkan fizikalnya selama setahun untuk membawakan watak itu, selain kembali ‘mendalami pemikiran dan emosi Sarah Connor – termasuk kekecewaan, kesakitan, rasa bersalah dan aspek lain yang jauh lebih mendalam’.
Aktres itu, yang pernah menjadi pasangan hidup Cameron dari tahun 1997 hingga 1999, mengetepikan pujian yang pernah diterimanya ketika membawa watak Connor sebelum ini, yang mengangkat karakter wanita lasak dan gagah.
“Itu cuma kerja seorang pelakon yang kebetulan seiring dengan waktu kejadian. Bukannya saya tidak melakukan tugas dengan baik, namun audiens sedunia juga boleh menerima watak itu dengan baik.
“Maka, saya cuba untuk kekal seimbang dan tidak memikirkan sama ada saya ini ikon atau memiliiki legasi,” jelasnya.
Dalam keterujaan kemunculan francais terbaharu itu, Hamilton juga tetap tidak sabar untuk kembali kepada kehidupan yang disifatkannya sebagai ‘tidak dikenali’ di kediamannya di New Orleans.
“Selepas tayangan bermula, saya hanya mahu, seperti duduk di bawah tanah, dan jadi ‘halimunan’ seketika,” katanya.
[embedded content]
[embedded content] (Why?)