SME Corp. Malaysia (SME Corp) bakal mengadakan Majlis Pelancaran Program PKS ke Peringkat Global (SMEs Go Global) dan Rakan Kongsi Pelaburan Bersama PKS (SME Co-Investment Partners) pada 30 Januari ini di Dewan Mahkota SME Corp, Platinum Sentral Kuala Lumpur.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dijadualkan hadir melancarkan majlis tersebut yang turut menyaksikan sebuah Memorandum Kerjasama (MoC) bersama-sama Huawei Malaysia akan dimaterai.
Majlis pelancaran yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu juga memberi peluang kepada khalayak yang hadir untuk mengikuti sesi perkongsian perniagaan oleh pemilik syarikat gergasi seperti ICFO Solution, Janio dan ASKCO.
Untuk pendaftaran, klik http://tiny.cc/ejjziz