KUALA LUMPUR: Kebiasaanya bulan Ramadan akan lebih meriah dengan kehadiran bazar yang menjual pelbagai juadah makanan untuk umat Islam berbuka puasa.
Namun, tahun ini agak berbeza kerana Malaysia harus menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Oleh itu, cabang e-Dagang Astro, Go Shop melancarkan Ramadan e-Bazaar untuk membantu perniagaan makanan dan minuman tempatan, dan saluran khas (Astro saluran 111) untuk para pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Go Shop, Dr Grace Lee platform tersebut bagi memberi sokongan kepada peniaga tempatan terutama golongan PKS dan mikro-PKS.
“Secara tradisi, Ramadan dan Raya amatlah penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),”
“Kami sedar bahawa beberapa perniagaan di Malaysia mungkin terjejas akibat pandemik ini dan kami komited untuk memberi sokongan kepada perniagaan tempatan khususnya yang berada di dalam golongan PKS dan Mikro-PKS,” katanya.
Beliau juga berharap melalui platform ini pelanggan akan dapat menyokong PKS tempatan.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 100 perniagaan makanan dan minuman seperti De.Wan 1958 by Chef Wan, Brownies Bar by The Accidental Bakers, LaksaNA, Pihapi, BurgerBros, Warna Pops, Tut’s Egyptian Eatery dan banyak lagi yang sudah berdaftar.
Semua perniagaan makanan dan minuman tempatan yang memenuhi kriteria minimum boleh mendaftar di sini.
Bagi pelanggan yang berminat untuk membeli dari bazar Ramadan anda boleh menghubungi penjual secara langsung melalui e-mel atau WhatsApp yang terdapat dalam senarai.
Saluran baharu, Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) menampilkan Diari Rumah, Stail TV, Go Shop Express dan Dapur Selebriti yang memfokuskan kepada tip-tip penambahbaikan rumah, fesyen muslimah dan idea memasak daripada chef selebriti seperti Chef Wan, Chef Florence Tan dan Chef Kamarulin.
Dari 1-31 Mei 2020, pelanggan yang berbelanja di Go Shop boleh menggunakan kod promo DUIT30 atau DUIT60 untuk menikmati potongan segera RM30 atau RM60 apabila mereka berbelanja amaun minimum RM300 atau RM500 untuk produk yang dipamerkan di program TV Go Shop.
Go Shop boleh didapati di Astro saluran 118, saluran 120, saluran 111 dan saluran 303, www.goshop.com.my dan melalui aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.