Kalau mak nak masak mestilah kena ada peralatan dapur. Kalau tak ada, memang tak menjadi masakan itu, Malah, ia tidak kan datang depan mata, kecuali bila beli makanan di kedai.
Sebenarnya, peralatan dapur bukan hanya kuali, senduk dan periuk nasi yang hanya peralatan asas saja. Tapi, untuk melengkapkan dan memudahkan urusan mak-mak, peralatan inilah yang perlu ada di dapur.
Lagi satu, nak beli peralatan dapur, tak perlulah mahal atau ikut keadaan sekarang ini. Cukup untuk kegunaan asas, mengukus, menggoreng dan panggang dan sebagainya. Ini pun dah cukup, asalkan masakan itu mampu mengenyangkan ahli keluarga.
Inilah antara beberapa peralatan dapur yang dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin dan fungsinya. Paling penting, tak perlu nak beli peralatan memasak yang moden bagai. Cukup yang ini pun dah memadai.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Abang Ini Kongsi Tip Goreng Bendi, Jangan Masak Guna Bawang Besar, Elak ‘Berlendir’
Info Lebih Menarik DI SINI
Peralatan Dapur Memudahkan Urusan Memasak
Memasak dan menyediakan makanan pada saya adalah salah satu dari kemahiran hidup yang penting. Jimat belanja dan masa, kita tahu apa yang masuk ke perut kita dan keluarga, mampu membantu orang lain dalam hal yang berkaitan jika diperlukan.
Seperti kemahiran yang lain; memulainya tidak mudah namun kalau kita dah dapat konsep dan sistem, ia bukan sahaja tidak susah, malah dapat jadi semacam terapi minda pula.
Ketika ada sahabat yang bertanya tentang mesin seperti Termomiks (bukan nama sebenar); saya memang tidak berminat. Masak bukan setakat letak bahan-bahan dan buka api.
Jenis masakan berbeza memerlukan pendekatan berbeza.
Bahkan masakan yang sama kadang memerlukan langkah yang berbeza misalnya; goreng dulu, tumis lain, api ada masa besar ada masa kecil, ada masa perlu tutup ada masa tidak dan bermacam lagi.
Kalau kita pandai masak guna alatan itu sekalipun, kita tak semestinya pandai jika pergi ke rumah orang lain misalnya yang tak memiliki kemudahan yang sama bahkan di rumah kita jika perlu memasak dalam jumlah yang banyak.
Harganya yang jujur bagi saya memang mahal, saya boleh beli banyak alatan masakan lain yang tetap memudahkan saya untuk memasak sedap, mudah dan cepat sesuai dengan kerja dan kesibukan saya.
Hari ini saya nak kongsi alatan alatan tersebut.
Ada baiknya jika para ketua keluarga dapat menyediakannya kalau pun tak berapa pandai menggunakannya kerana ia dapat membantu urusan dapur lebih mudah.
1. Tak mesti beli semua.
Sesuaikan ikut cara masak dan kemampuan masing masing.
2. PRESSURE COOKER / PERIUK TEKANAN
Ini antara alat yang sangat membantu dalam memasak. Bayangkan tulang, daging lembut hanya dalam 30-40 minit. Lebih jimat dari nak rebus lama-lama masuk sudu segala. Selain dari faktor keselamatan, (suis automatik bila sudah masak), ia memudahkan terutama orang bekerja. Sebelum pergi kerja masukkan dan tekan suis.
Balik kerja tinggal perisakan sikit sikit. Siap !
Performance paling bagus : Noxxa (Harga dalam RM 700)
(cepat panas)
Harga dan performance ok : Phillips (RM 400-500) TEFAL (RM400 ke atas)
Saya pakai Phillips je, bertahun jugala tahan.
Selain dari daging cepat empuk, nak masak nasi seperti nasi beriani, minyak dan nasi Arab.
3. Disyorkan yang tertutup (tutup tak boleh cabut keluar. Ada tekanan yang akan dimampatkan dan menghasilkan haba panas secara konveksi.
Ini akan menghasilkan nasi yang masak lebih sekata, berderai dan sedap – digital
Selain boleh pilih jenis nasi dan jumlah, boleh masak bubur, kacang rebus, barli dan sebagainya. Non-stick. Selain mempengaruhi tekstur nasi, nak basuh pun mudah.
Harga sekitar RM 200-400
Mahal sedikit tapi percayalah; menang memakai.
Brand yang bagus
1) Hitachi
2) Panasonic
3) Tefal
4. PENGISAR / BLENDER
Masakan orang melayu sangat memerlukannya untuk tumisan, sambal dan sebagainya. Beli yang heavy duty. Sebab setengah masakan seperti rendang, laksa, perlukan kisaran yang kuat dan sedikit lebih lama. Mahal sikit tapi insya Allah lebih berbaloi dari beli yang murah tapi senang rosak.
Biasanya kalau boleh buat ice blended, ia jenis tahan. Sebaiknya kaca supaya warna dan rasa tak bercampur.Tak adalah nanti ice blended cappucino aroma belacan bakar.
Tapi kalau bajet tak ada, yang plastik pun ok. Janji lepas guna terus blend dengan air sabun dan cuci.
5. PERIUK SHANGHAI / KUCHING
Gabungan fantastis kuali dan periuk. Lebar tapi ada sedikit lengkungan di bawah.
Ada tutup lagi. 100% aluminium tebal. Kalau beli periuk, pilih yang tebal dindingnya. Sama juga kalau beli kuali. Selain dari tahan lama, tak mudah bengkok terkena panas lama, lebih bagus untuk masakan kerana haba yang sekata. Kalau dinding nipis haba cepat datang dan pergi.
Harga beli 15 inci lebar; RM 130.
Boleh cari di Shopi/Lazata (bukan nama sebenar)
Atau d ikedai alatan dapur (saya beli disini)
Rambang mata wehhh
6. KUALI NON STICK (TAK LEKAT)
Bentuk leper membuatkan goreng menggoreng seperti kuih dan pisang goreng tak perlu minyak yang banyak. Kalau setakat nak buat roti jala, roti canai; minyak sikit pun dah cukup. Garlic bread tak perlu minyak langsung. Nak basuh pun senang.
Sebaiknya beli yang ada jenama seperti TEFAL sebab dah diuji dan selamat untuk digunakan insya Allah. Beli yang berat.
7. PENGUKUS BERTINGKAT
Selain untuk masakan tradisional seperti pulut kukus, nak masak burger atau hot dog juga bagus. Lebih sihat. Cari yang lebar dan tebal.
8. DAPUR TERBUKA (OPEN KITCHEN)
Ini sesuai untuk mereka yang ada halaman. Ada ventilasi di atas dan tepi, di samping bantuan ‘ventilation/exhaust fan’. Ia sangat penting bagi saya terutama kalau kita masak masakan yang mengeluarkan asap/wap yang banyak. Tumisan, sambal misalnya. Selain tak menyebabkan bau merebak memenuhi rumah yang kadang memedihkan mata, memeritkan tekak, percikan minyak, cili lebih mudah dibersihkan.
Saya suka kalau bawah dapur tanah. Ramai ibu tak masak bukan sebab tak pandai atau malas masak. Nak mengemas pun satu hal.
9. [PEMBAKAR GAS / GAS GRILL)
Saya suka masak ikan bakar. Murah dan mudah. Kalau pakai arang leceh. Nak nyalakan api dan nak jaga api pun satu hal. Kalau pakai gas, buka je terus menyala. Kita ‘set’la api nak kuat mana. Nak salai ayam ke, daging ke boleh? Kalau nak ‘smokey’ bau asap; dah masak tutup api. Masukkan sejemput sabut kelapa, tutup penutup dia. Settle.
Saya beli dekat ACE Hardware.
RM500 satu.
Sangat-sangat berbaloi untuk saya.
MW: Sangat bermanfaat dan beri panduan bukan saja untuk mak-mak tapi juga untuk pengantin baru yang nak masuk rumah baru.
Sumber: Khabbab Jamalludin
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita