Kuih penjaram atau ada juga yang memanggil namanya penyaram, cucur jawa, cucur topi merupakan kuih tradisonal kegemaran ramai. Nak membuat kuih ini memang nampak mudah, namun ada caranya untuk menjadikan ia cantik bersarang dan lembut di dalam, dan menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi.
Nak tahu resipi dan caranya supaya Kuih Penjaram ini menjadi boleh ikut seperti yang dikongsikan oleh Puan Leeina Qaliena ini sebagai panduan;
Penjaram Ummi Rizqi, kegemaran keluarga. Ramai yang bertanya cara penyediaan. Jadi saya edit resepi yang lengkap sebab dalam video hanya bahan sahaja yang saya kongsikan.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kpd 3/4 cwn shj)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul bubble atau kacau menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.(Boleh juga diperap didalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik.Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Selamat mencuba ikhlas dari saya Qleena Kitchen.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi KUIH ROS Confirm Jadi, Sedap Rangup Elok Cantik Kejadiannya!
TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kuih penjaram yang lembut, cantik bersarang di dalam, ringan,rangup ropol topi di bahagian tepi. Boleh cuba nanti ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Leeina Qaliena