Ibu ini, Rabiatul Adawiyah Samad tiada pertalian darah dengan ‘bayi viral’ ini. Tetapi dia miliki sekeping hati yang tulus.
Sanggup meluangkan masa sejam bersama ‘bayi viral’ disamping anak-anaknya. Malah, menghabiskan masa sehingga sejam untuk bermain dengan anak kecil yang tetap terlihat comel di pandangan matanya.
Ketika itu, dia ke hospital untuk membuat pemeriksaan anaknya yang bernama Zayyan. Direzekikan berjumpa dengan ‘bayi viral’ yang comel ini.
Sebelumnya, kisah anak istimewa ini pernah tular di media sosial kerana memiliki bulu yang sangat lebat dan badannya.
Terjumpa Bayi Viral Yang Comel Ini
Kongsi Rabiatul, “Pergi hospital bawa Zayyan check-up. Terjumpa baby viral yang comel ini.
“Tuhan uji mak bapa nya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tau mak bapak dia pasti ikhlas menerima kekurangan nya.
Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menhadapi dunia mendatang. Faham-faham lah kan zaman sekarang ni MULUT ORANG .. Semoga mental fizikal dia kuat.
Walaupun dia diberi anugerah camni, dia tetap comel bagi saya.
Sejam kami bermain, bersua, berkenalan.. pandai pilih tangan.
Sampai kita berjumpa lagi Sayang.” luahnya yang turut mengundang pelbagai emosi dari kalangan netizen.
Baca sini : ‘Mulut Orang Takkan Berhenti Menilai’ Ini Surviral Gadis Tanpa Sebelah Mata
Rata-rata yang membaca perkongsiannya itu memberikan kata-kata semangat dan positif kepada kedua ibu bapa bayi berkenaan ini.
Malah, ramai yang bersependapat dengan Rabiatul dengan menyatakan ‘bayi viral’ ini tetap comel di mata mereka.
Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu ciptaanNya itu sebagai sia-sia. Tentunya kehadiran bayi anugerah ini bukan sekadar menguji kedua ibu bapa mereka. Malah, menguji hati anda semua yang sedang membaca dan menyaksikannya.
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anak ini diberikan kemudahan dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak tercinta.
Sumber/Foto : Rabiatul Adawiyah Samad
[embedded content]
[embedded content]