Jangan sapu ubat gamat pada tali pusat bayi. Tali pusat atau pusar dengan panjang kira-kira 50 sentimeter yang menghubungkan bayi dan ibu menjulur dari lubang di perut bayi ke plasenta di dalam rahim.
Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, sudah pasti kurang arif tentang penjagaan tali pusat setelah bayi dilahirkan. Setelah bayi dilahirkan tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp.
Kemudian tali pusat digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.
Tali pusat yang ada pada bayi akan menjadi kering, berubah warna dan mengecut. Kebiasannya tali pusat yang telah kering itu akan jatuh dengan sendirinya dalam masa 2 minggu.
Maka tinggallah struktur yang kita kenali sebagai ‘pusat’ pada permukaan perut bayi. Pusat ini pula mengambil masa antara 5 hingga 7 hari untuk kering sepenuhnya.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Jangan Sapu Ubat Gamat Pada Tali Pusat Bayi
Mak ayah sebenarnya perlu tahu bagi penjagaan tali pusat ini tidak perlu sapukan ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Seperti yang dikongsi Dr Redza Zainol juga berkongsi agar mak ayah janganlah sapukan minyak gamat pada tali pusat bayi.
Sememangnya apa yang dikongsi begitu bermanfaat. Ikuti 10 tip berguna dari Dr Redza Zainol;
“TALI PUSAT BAYI
1) Selepas lahir, tali pusat akan dipotong dan diclamp.
2) Tali pusat ni akan tertanggal dengan sendiri bila bayi dah berusia 5-10 hari. Kalau lebih sikit sampai hari ke 14 pun tak apa. Yang penting, bayi dalam keadaan sihat.
3) Kawasan kulit perut di sekeliling tali pusat senang dijangkiti kuman.
4) Sebab tu di hospital dan di rumah, tali pusat bayi wajib dibersihkan guna antiseptik yang dah dibekalkan.
5) Bawa bayi segera ke hospital kalau dah ada tanda-tanda ni:
-
perut mengembung
-
kulit sekeliling tali pusat jadi merah
-
tali pusat berbau busuk
-
bayi demam
-
tali pusat berair dan mungkin sampai bernanah
-
bayi dah tak nak menyusu dan lemah
6) Wajib untuk ibu ayah cuci tangan sebelum pegang tali pusat anak.
7) Tak perlu sapu ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital. Ubat gamat pun tak perlu disapu.
8 ) Letak tali pusat di luar pampers supaya tak tersentuh air kencing atau najis. Bahan kotor ni boleh buat kuman masuk ke dalam tali pusat.
9) Untuk orang Islam, tali pusat ni sunat ditanam.
10) Kadang-kadang, pusat bayi ada sedikit darah selepas tali pusat tertanggal.
Baca Disini : “Menggigil Tangan Bila Doktor Minta Pegang Gunting, Potong Tali Pusat Baby” Menangis Lihat Isteri Tahan Kesakitan
Rupanya Tali Pusat Anak Ni Kena Simpan Dengan Cara Yang Betul
Lepas Bayi Lahir Semuanya Diberikan Suntikan Vitamin K
“Jangan risau, selalunya darah itu cuma sedikit dan akan berhenti dengan cepat.
“Lepas bayi lahir, semuanya diberi suntikan Vitamin K pada otot peha bayi.
“Vitamin K ni yang akan bantu untuk elakkan pendarahan yang teruk pada bayi.
“Tolong saya share supaya lagi ramai ibu ayah tahu,” coret Dr Redza.
Mingguan Wanita : Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada semua.
Sumber / Sumber Foto :Twitter Redza Zainol
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ