Wanita lahir tanpa kedua tangan, bakal mentua sarung gelang kaki tanda metrai ikatan pertunangan. Bahagia itu tercipta buat yang mencarinya. Saat hati bahagia, apa pun kekurangan pasangan tidak dianggap sebagai kekurangan sebaliknya bersyukur dengan apa dimilikinya.
Wanita Lahir Tanpa Kedua Tangan
Satu perkongsian dari Norfarrah Syahirah Shaari, 34 tahun yang memuat naik gambarnya bertunang dengan pilihan hati dikenali sebagai Zul disambut penuh kesyukuran oleh mereka yang mengenali insan istimewa ini.
Ini kerana dirinya pernah viral sautu ketika dahulu di mana di sebalik kekurangan dirinya yang dilahirkan tanpa tangan, dirinya mampu memandu kenderaan menggunakan kaki dan tidak pernah kekok melakukan semua pekerjaan tanpa batasannya.
Dan semalam Norfarrah meraikan hari bahagianya apabila dirinya selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Ditataa rias cantik oleh MUA Aida Glam, jelas kecantikan dirinya terserlah.
Bahkan jika sebahagian insan lain meraikan ikatan cincin tunang tersarung di jari manis mereka tetapi momen dikongsikan oleh Norfarrah ialah bakal mentua telah menyarung gelang emas ke kakinya.
Tanda ikatan tunang itu termetrai buat keduanya. Bahkan seakan terasa sebak kerana mendapat bakal mentua yang menerima semua kekurangan dirinya dan menyayanginya tanpa batasan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 5 Hari Sebelum Kahwin Diserang Buaya, Tetap Teruskan Majlis Walaupun Tangan Kudung Sebelah
Wanita Kudung Tangan Kiri, Supermodel Rebutan Jenama Antarabangsa!
Wanita Kudung Gigih Berniaga, 8 Bulan Belajar Buat Donut Gebu Lembut Di YouTube
Masih bekerja di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak, bagi anak kelahiran Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir ini tidak pernah kekok dengan pekerjaannya bahkan dirinya menggunakan kaki melakukan kerja-kerja hakikinya. Tidak menyatakan bila tarikhnya akan melangsungkan perkahwinan, wajahnya sangat manis di hari bahagianya ini.
Didoakan bahagia terus bersama Farrah dan pasangan dan semoga ikatan pertunangan ini diakhiri ke jenjang pelamin dan terjalin indah hingga ke jannah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.