Ternyata hidup ini tidak mudah. Kita rasakan kitalah yang paling susah tetapi masih ramai di luar sana yang lebih susah dan kadang-kadang hampir berputus asa untuk teruskan hidup dalam serba kekurangan.
Perkara ini dilalui oleh sebuah keluarga di Bali, Indonesia. Tatkala salah seorang daripada ahli keluarga ini meninggal, mereka tidak mampu sewa ambulan, jadi keluarga ini nekad angkut jenazah guna pikap sahaja kerana tiada pilihan.
Tidak Mampu Sewa Ambulan
Tidak mampu menyewa ambulans menyebabkan satu keluarga di Buleleng, Bali, Indonesia membawa jenazah menggunakan pikap.
Portal Tribunnews melaporkan mereka terpaksa membawa jenazah dikenali sebagai Gede Seni dari Hospital Buleleng ke rumah pengebumian menggunakan pikap berikutan tidak mampu menyewa ambulans yang dikenakan kos sehingga 800,000 rupiah (RM230).
Peristiwa itu menjadi tular di media sosial menyebabkan Komuniti Sosial Buleleng mengumpul derma.
Baca Juga Di sini:
Kerana Terlalu SAYANG, Bekukan Mayat Isteri Sehingga 50 Tahun, Harap ‘Dihidupkan’ Semula
Ikat Mayat Pada Badan, Usung Guna Motor Tempuh Perjalanan 6 Jam
Mayat Tersenyum & Bergenang Air Mata, Balasan Berbuat Baik Dan Beramal Soleh
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Keluarga Nekad Angkut Jenazah Guna Pikap
Dalam hantaran itu, pemilik akaun menyertakan sekeping gambar menggambarkan jenazah Gede terbaring di belakang pikap dan hanya ditutupi selimut bercorak garis hitam dan putih.
Kelihatan ibu bapa Gede duduk di sisi jenazahnya dan dipercayai gambar dirakam ketika pikap itu sedang berhenti di Jalan Penarukan, Singaraja.
Selain gambar, pemilik akaun juga menjelaskan keadaan keluarga arwah yang kurang berkemampuan sehingga tidak boleh menjelaskan kos rawatan mencecah belasan juta rupiah.
Isteri Gede, Ketut Suryani, 35, mengizinkan jenazah suaminya dibawa menggunakan pikap dari hospital.
Keluarga Tiada Pilihan Kerana Tak Mampu
“Tidak ada pilihan lain berikutan keluarga tidak mampu membiayai sewa ambulans berjumlah 800,000 rupiah.
“Yang urus jenazah suami saya di hospital hanya mentua. Mereka tidak tahu mahu minta bantuan daripada siapa.
“Di samping itu, sewa ambulans di hospital cukup mahal dan kami tidak punya wang sebanyak itu,” katanya.
Selain itu, keluarga berkenaan juga tidak mampu membayar bil rawatan berjumlah 17 juta rupiah (RM4,800).
Menurutnya, suaminya dibawa ke hospital swasta di Buleleng pada 10 Januari lalu berikutan batuk dan sesak nafas.
Alami Jangkitan Paru-Paru Sebelum Meninggal
Setibanya di hospital, Gede disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
“Sakitnya ini dialami sejak arwah berhenti merokok, sekitar tujuh bulan yang lalu.
“Dia berhenti merokok selepas kami mendapat anak. Tapi selepas berhenti merokok tiba-tiba sering batuk,” katanya.
Ketika menderita batuk, arwah tidak ke hospital kerana tiada wang untuk membayar rawatan.
“Saya terlambat membawanya ke hospital kerana tidak punya wang dan insurans,” katanya.
MW: Bila berada dalam kesusahan, mak ayah tentu saja sanggup lakukan apa saja yang termampu kerana tiada pilihan. Semoga kita semua dijauhkan daripada kesusahan sebegini.
Sumber: myMetro