Banyak filem yang memberikan pengajaran, pembelajaran, kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna jika awak belajar. Saya suka menonton filem yang dapat membangunkan nilai diri dan membuat saya berfikir.
Antara filem yang best untuk awak tengok ialah Hidden Figures yang diarahkan oleh Theodore Melfi. Dilakonkan oleh tiga wanita sebagai pelakon utama, Taraji P.Henson sebagai Katherin Goble, Octavia Spencer sebagai Dorothy Vaughan dan Janelle Monae sebagai Mary Kackson. Filem ini telah memenangi 32 awards dan telah dicalonkan 3 kategori di dalam Oscar Awards.
Mengisahkan tiga wanita yang pakar dalam Matematik berlatarbelakang African-American yang bekerja di bawah NASA. Mereka bertiga telah ditawarkan bekerja di NASA ketika waktu Amerika dan Russia sedang bersaing untuk menjadi yang pertama meneroka angkasa. Pihak Amerika bimbang dengan penghantaran satelit Sputnik 1 dari Russia akan menjadi pengintip kepada Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga wanita berkulit hitam ini pada awalnya ditugaskan di Bahagian Perkomputeran bersama wanita-wanita kulit hitam yang lain. Dalam filem ini juga memperlihatkan dasar Apartheid masih tebal terhadap kaum kulit hitam sehinggakan bilik kerja dan tandas pun diasingkan antara kulit putih dan kulit hitam.
Sesuatu yang menarik dari filem ini ialah bagaimana 3 wanita ini berjuang dalam situasi tekanan kerja yang racist terhadap golongan kulit hitam serta bagaimana mereka membuktikan potensi dan kualiti diri yang membuktikan mereka layak untuk berada sebaris dengan mereka yang hebat berkulit putih.
Memang ada beberapa scene yang membuatkan saya beremosi dan terinspirasi dalam filem ini. Jika awak memang mencari filem yang memberikan inspirasi, ini adalah antara yang terbaik berdasarkan kisah benar.