SEBUT tentang roller coaster, ada yang kecut perut dan ada yang teruja serta tidak sabar mencubanya. Ada yang sanggup terbang beribu kilometer untuk mencubanya. Buat anda yang masih tercari-cari peluang mencabar diri sambil bercuti, jom masukkan lima lokasi roller coaster ini dalam senarai negara mesti dilawati!
#1 Takabisha
Foto: Wikipedia.org
Tarikan pertama di Fuji-Q Highland Amusement Park yang mesti dicuba. Roller coaster paling curam di dunia dengan terjunan pertama bersudut 121 darjah ini terletak di Jepun! Lebih membuatkan paras adrenalin mencanak naik ialah kelajuannya 100km/j, bolehlah anda melihat kecantikan gunung Fuji!
[embedded content]
#2 Eejanaika
Foto: millionslight.files.wordpress.com
Juga terletak di Fuji-Q Highland Amusement Park. Permainan berketinggian 76m dan berkelajuan 126 km/j ini juga antara yang mesti dicuba. Apa yang best tentang permainan ini? Kerusi tempat duduk yang boleh berputar 360 darjah. Ada masa anda memandang ke hadapan dan ada masa ke belakang.
[embedded content]
#3 Colossus
Foto: www.thorpepark.com
Salah satu tarikan di Thorpe Park. Colossus, beri anda pengalaman berada dalam roller coaster yang berpusing-pusing di landasan yang dibina seperti pemutar skru. Bukan sekali tetapi terdapat 10 pusingan.
[embedded content]
#4 Formula Rossa
Foto: Wikipedia
Roller coaster terpantas di dunia yang terletak di Ferrari World di Abu Dhabi. Kelajuan permainan ini mencapai 240km/j, hampir menyamai kepantasan kereta di litar Formula One. Dan jika telah tiba di sini, rugilah jika tidak mencuba permainan Flying Aces dengan tujahan tertinggi dan kelajuan sehingga 120km/j, sememangnya memberi pengalaman ‘wow’ buat anda!
[embedded content]
#5 Millennium Force
Foto: www.thorpepark.com
Roller coaster ke-14 yang dibina di taman teman ini terletak di Cedar Point Amusement Park di Ohio. Roller coaster ini telah memecahkan enam rekod dunia sebagai Giga Coaster pertama iaitu roller coaster yang melebihi ketinggian 91m dengan kelajuan 150km/j. Sehingga kini Millennium Force masih menjadi salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia.
[embedded content]
Ada yang teruja dan memasang impian menjejaki lokasi yang kami sebutkan, ada juga yang kecut perut. Cabaran seperti ini tidak terhad kepada jantina asalkan anda melepasi had berat dan ketinggian yang ditetapkan.
[embedded content]
[embedded content]