Terdapat ramai pengusaha baru yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan di pasaran ketika ini. Namun begitu, kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menjalankan perniagaan dengan baik dan betul, banyak perniagaan yang muflis. Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda lakukan untuk menghindari kemuflisan.
Langkah pertama dalam melakukan perniagaan adalah dengan bertanya,”Mengapa saya harus menghasilkan produk atau menawarkan perkhidmatan ini?”
Anda perlu memikirkan soalan ini supaya tidak silap memilih perniagaan untuk dijalankan. Kenapa para pengguna memerlukan atau memilih produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan?
Tanya soalan-soalan berikut kepada diri anda supaya anda bersemangat untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti dan diperlukan oleh ramai orang.
Langkah seterusnya dalam melakukan perniagaan adalah dengan bertanya,”Bagaimana saya boleh meniagakan produk atau perkhidmatan saya?”.
Soalan ini bertujuan untuk membuatkan anda berfikir tentang proses mendirikan perniagaan dari peringkat awal sehinggalah ianya dibuka kepada orang ramai. “ Bagaimanakah saya memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai?”
Soalan ini membuatkan anda mencari cara untuk menjalankan perniagaan supaya diketahui ramai orang.
Kemudian, yanya pula,”Apa yang harus saya lakukan supaya perniagaan ini berkembang dan mendatangkan hasil yang banyak?”
Soalan-soalan ini dapat memotivasikan anda dan membolehkan timbulnya idea-idea yang baik.
Dalam menjalankan perniagaan, anda tidak boleh sekadar memikirkan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Anda juga perlu melihat dari segi keperluan pelanggan, daya beli pelanggan dan persaingan dengan bidang perniagaan lain.