oleh Team Richworks pada 11 January 2018
Bangkok, 7 Januari 2018 – Siapa akan sangka rutin kehidupan hariannya yang dahulu 8-5 akan berubah kepada rutin pembuatan kek saban hari dari rumah dan dijual kepada pelanggan? Tapi siapa lagi yang akan teruja bila mana hanya dalam masa setahun dibimbing oleh Mentor Dr Azizan Osman, jumlah jualan bisnesnya mampu mencapai lebih RM 3 juta setahun?
Itulah cerita pemilik Sabrina Bakery, Pn Siti Noor Sabrina Soobri di Malam Gala Majlis Anugerah Titanium Azizan Osman yang menerima pengiktirafan Women Entrepreneur of the Year di Bangkok malam tadi.
Malam anugerah yang dianjurkan buat kali kedua itu bertempat di salah sebuah hotel 5 bintang di Bangkok, Thailand dan disaksikan oleh hampir 200 usahawan-jutawan dan pemilik perniagaan di bawah bimbingan Mentor Bisnes tersohor No.1 Asia, Dr Hj Azizan Osman dalam kumpulan Titanium Circle hasil cetusan ideanya.
16 anugerah dari pelbagai kategori disampaikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pencapaian dan peningkatan prestasi para usahawan #AnakDidik Dr Azizan untuk tahun 2017.
Majlis yang bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 6.30 petang diikuti ketibaan para tetamu khas dan jemputan pada 7.30 malam berlangsung dengan sangat gilang gemilang apalagi diacarakan oleh pengacara terkenal AG.
Gimik persembahan menarik daripada Gambit begitu memukau ditambah pula dengan iringan persembahan gendang dari kumpulan yang dijemput khas dari Thailand sewaktu ketibaan pengarah-pengarah eksekutif Richworks ke dewan.
Anugerah yang disampaikan sendiri oleh Dr Azizan Osman kepada para penerimanya begitu simbolik dan memiliki makna yang mendalam. Kesemua 16 kategori anugerah usahawan yang dipilih itu melambangkan penghargaan, pengiktirafan dan penyatuan kepada Ahli Titanium yang telah bekerja keras dalam memastikan momentum dan pencapaian bisnes sentiasa meningkat saban bulan.
Kata pengasasnya lagi, ungkapan Alhamdulillah tidak cukup untuk mengekspresikan perasaan syukur dan gembiranya pada malam itu. Keseluruhan perjalanan para Titanium bersama Richworks telah memberikan suatu rasa bangga dengan pelbagai kejayaan, pencapaian, dan komitmen tinggi yang telah dizahirkan.
Bertambah bangga apabila para Titanium bukan sahaja memberi nilai baru pada kehidupan mereka bahkan turut sama menambah kegembiraan pada ahli keluarga terdekat yang sentiasa menyokong mereka. Doanya, agar Allah sentiasa memberikan kekuatan dan jalan untuk para Titanium terus berkhidmat dan menyebarkan nilai kehidupan serta menjadi inspirasi pada masyarakat. Pengalaman yang sangat hebat, berbaloi dan manis ini ternyata membuatkan Dr Azizan Osman mensyukuri nikmat peluang menjadi mentor kepada usahawan hebat ini.
Tidak lupa juga ucapan tahniah dari Dr Azizan kepada team Richworks, ketua-ketua bahagian, penyokong dan rakan kongsi yang sentiasa setia pada setiap detik perjalanan. Biarpun penat, ianya terbayar dengan segala limpahan pencapaian yang tidak putus-putus.
Pesan Dr Azizan lagi, pada ahli Titanium yang telahpun menghampiri pada penamatnya dalam kumpulan ini, diharap mereka akan terus berjaya dan berusaha untuk melangkah lebih jauh. Pada yang masih ada pula, beliau mengharapkan agar usaha dan komitmen para ahli tidak akan pernah terbahagi malah sentiasa melebihi 100%.
Anugerah-anugerah ini bukan sekadar untuk menjadi penghias tapi sebagai pemangkin semangat dan pendorong pada lebih banyak kerja kuat dan usaha keras dalam memajukan ekonomi dan industri perniagaan hingga ke tahap global.
Majlis yang diakhiri dengan cabutan bertuah dan pengumuman anugerah pakaian terbaik bertemakan Black Tie & Evening Dress itu tentunya sangat bermakna buat semua yang hadir. Para penerima anugerah membawa pulang sebuah trofi bercirikan kristal dan emas yang membawa simbol pada segala cabaran, dan kejayaan dalam bisnes mereka. Lebih manis, nama penerima anugerah tersemat kemas pada setiap satu trofi yang dianugerahkan.
Tahniah diucapkan!