Untuk menjadi usahawan yang berjaya, biasanya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitu banyak perniagaan di internet hidup segan mati tak mahu.
Mereka tidak ada masalah dari segi membangunkan laman web, tetapi dari segi pemasaran, mereka masih lagi tercakup dan terikat dengan satu dua kaedah sahaja. Ini merupakan satu kesalahan atau satu cara yang membahayakan. Pelbagaikan kaedah pemasaran untuk menjadikan anda berjaya dan diketahui ramai.
Jadi, bagaimana anda mahu kekalkan momentum perniagaan dalam situasi yang menekan ini? Tim Majalah Niaga akan kongsikan beberapa tips yang anda perlu lakukan sekarang untuk menjamin perniagaan anda tetap teguh dan utuh.
#1- Like Marketing
Jika anda lihat like di media sosial anda hanya sendu sendu anda perlu guna cara ini untuk meriahkan like anda yang sendu.
Anda boleh dapatkan like dengan kos yang rendah melalui split test. Terdapat banyak cara Split test. Split test dari segi Audien, copywriting dan juga visual.
Untuk menjimatkan kos dan bagi mendapatkan kos like yang rendah serta murah, anda kena ‘rajin’ buat split test. Bukan buat secara berkempen tapi berterusan. Kerana menjual pada orang yang kenal anda lebih mudah berbanding menjual pada fans anda.
#2 – Gambar
Cuba anda chek balik gambar-gambar yang anda post di laman sosial. Adakah gambar itu bersifat ‘amatur’? Jika ya anda boleh mula menukar kepada gambar yang lebih profesional..
Jika anda hendak menampakkan ;profesional’ dalam bisnes anda, pemilihan gambar yang baik juga penting setanding dengan capture audien bagi menampakkan servis ataupun bisnes anda hebat dan menyakinkan.
Contohnya, share gambar yang menunjukkan staff anda yang lengkap berpakian uniform, gambar tengah packing produk yang banyak, screenshot testimoni dan gambar aktiviti bisnes. Biar gambar itu nampak WOW.
#3 – Content Marketing
Bab tulis menulis ni jika kena gaya pasti akan kebom sale anda. Anda kena rajin tulis. Jangan bagi alasan tidak pandai. Zaman teknologi hujung jari mudah untuk cari contoh di internet. Goggle saja.
Share content marketing yang sesuai dengan produk atau servis anda. Contohnya jika anda jual alat make up sentiasalah share daripada A- Z cara – cara penjagaan wajah ketika bangun pagi dan sebelum tidur malam.
Perbanyakkan berkongsi tips-tips atau petua-petua yang sesuai dengan audien yang anda sasarkan mengikut peringkat umur. Tips untnk content marketing. Anda kena share content apa yang audien nak, bukan apa yang anda nak.
#4 – Drop Pin
Jika anda buat bisnes salun kecantikkan anda perlu gunakan cara ini. Antara top secret sales meningkat secara konsisten adalah drop pin. Anda perlu fokus iklan tarik ke premis. Hasilnya, premis anda akan sentiasa ada pelanggan yang datang untuk buat treatment.
Oleh yang demikian untuk tarik pelanggan datang ke premis, beliau akan buat promosi untuk certain treatment. Di sinilah anda perlu apply segala teknik launching. Jika tidak tahu anda perlu join seminar-seminar marketing bagi mendapatkan ilmu ini.
#5 – Integration Marketing
Gunakan chanel lain untuk promosikan bisnes anda. Kalau anda rajin anda akan dapat lebih sale. Gunakan medium Instagram, Flyers, Banting/Banner atau Follow up customer by Whatsapp
Jika anda hendak create awareness yang berterusan, consistent marketing dan market di pelbagai channel sangat membantu bagi meningkatkan brand awareness.