Kiriman percuma atau free delivery untuk barang yang dijual adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan ke kedai online anda. Dengan menawarkan kiriman percuma, pelanggan hanya perlu membayar harga barangan yang ditawarkan. Tanpa kos tambahan, tanpa kos tersembunyi.
Namun begitu, bagaimanakah tawaran kiriman percuma mempengaruhi perniagaan anda?
Tidak lama dahulu, Marketingzeus.com telah melakukan kajian mengenai kiriman percuma. Berikut adalah beberapa hasil kajian mereka:
##1##
33% pelanggan online TIDAK akan membeli barang tanpa tawaran kiriman percuma.
##2##
90% pelanggan membeli LEBIH BANYAK barang jika anda menawarkan kiriman percuma.
##3##
Hampir 55% pelanggan MEMBATALKAN pembelian setelah mengetahui jumlah harga barang yang mereka beli ditambah dengan kos kiriman.
Anda harus ingat bahawa kiriman percuma akan mempengaruhi keuntungan anda. Sebagai contoh:
Harga barang : RM100
Untung kasar : RM50
Kos kiriman yang ditanggung : RM20
Untung bersih : RM30
Dengan margin keuntungan yang semakin kecil, tidak semua kedai online mampu menawarkan kiriman percuma. MarketingZeus.com juga menyarankan cara-cara selain kos kiriman percuma iaitu:
Kiriman percuma dengan jumlah belian minimum
Anda dapat memberi kiriman percuma apabila jumlah pembelian seseorang pelanggan mencecah nilai tertentu, di mana hasil jualan dapat menanggung kos kiriman.
Kiriman percuma untuk barang tertentu
Cara ini sangat sesuai apabila menjual stok-stok lama, atau barang yang kecil dan ringan, yang kos kirimannya agak murah.
Menggunakan media sosial
Anda dapat memberikan tawaran istimewa kepada follower Twitter atau fans anda di Facebook. Dengan cara ini, kos kiriman anda turut menjadi kos penambahan pelanggan atau kos meningkatkan kesetiaan pelanggan.
Pulangkan Kembali Secara Percuma
Melalui cara ini, anda memberi kos percuma untuk pelanggan mengirim kembali barang yang dibeli atas sebab-sebab tertentu. Cara ini menjadikan Zappos terkenal. Dua dari tiga pembeli akan membeli lebih banyak barang jika kos untuk mengirim kembali barang belian adalah percuma.