Jika dulu, syarikat dan pekerja sangat terikat dengan terma kesetiaan pada syarikat. Mereka bekerja bertahun-tahun dalam syarikat sama dengan fokus dan sepenuh jiwa. Tapi kini, trend itu sudah berubah. Pekerja lebih suka berpindah dari satu syarikat ke syarikat lain selepas 1-2 tahun atau paling lama 3-4 tahun untuk mencari peluang baru, peningkatan gaji baru, atau suasana yang baru.
Anda sebagai pemilik syarikat kini berdepan cabaran yang berbeza pula kerana anda mungkin dah jumpa pekerja idaman anda, tapi mereka tak mahu bersama anda. Jadi apa yang boleh anda lakukan? Jom semak checklist ini.
1) Galakkan fleksibiliti.
9-5 adalah waktu kerja biasa yang dah dianggap membosankan. Jika mereka diberi sedikit kelonggaran dan kebebasan, mereka bukan saja lebih gembira tapi juga produktif dan kreatif.
2) Maksimakan tugas dan skop kerja
Salah satu punca pekerja anda bosan dengan anda ialah mereka tak rasa kemampuan dan tugas mereka berada pada tahap yang optimum. Anda mungkin tersalah beri arahan yang buat mereka rasa mereka tak sepatutnya berada di jawatan tersebut. Kerja remeh dan sebagainya. Tapi harus ingat, optima bukan bermaksud anda over used mereka pula.
3) Kritikan dan pujian membina.
Kritikan negatif membunuh motivasi pekerja. Yang paling produktif pun akan jadi murung. Kritikan perlu tapi dengan cara dan masa yang sesuai. Jangan malukan pekerja, berikan kritikan dan pujian yang membina dan maklum balas yang kerap serta sediakan sebab dan alasan yang munasabah.
4) Sediakan peluang pembangunan diri.
Tunjuk pada pekerja anda. Bahawa anda menyokong mereka untuk meningkatkan tahap profesioanalisma dan pengetahuan mereka. Beri mereka ruang dan peluang untuk tambah ilmu, atau melanjutkan pelajaran. Berikan mereka time off untuk sambung belajar, atau sokongan biasiswa, atau sediakan platform pembelajaran buat mereka.
5) Beri ruang untuk maklum balas.
Berikan mereka satu cara untuk mereka salurkan maklum balas mereka tentang syarikat. Dengarkan apa pendapat mereka, apa cadangan penambahbaikan atau teguran mereka. Bukan saja anda membina hubungan baik dengan mereka tapi juga anda melihat kembali apa yang tak kena dengan syarikat anda dan boleh memperbetulkan dengan segera. Yang penting anda terima teguran dengan hati terbuka.
Hubungan syarikat dan pekerja adalah hubungan dua hala yang anda perlu sentiasa perbaharui dan awasi. Anda memerlukan mereka dan mereka juga memerlukan anda. Jika anda asyik nak mencari pengganti pada setiap selang tahun, bukankah itu memenatkan? Cuba alternatif sebegini untuk buat mereka bertahan lebih lama dan menyumbang lebih banyak pada anda.