Dalam whatsapp app group ada pelbagai ragam prospek, business network, business owner agen, dropship dan sebagainya .
Melakukan jualan dalam Group Whatsapp ada risikonya.
Risikonya bergantung kepada group yang kita join. Sebabnya ada group yang membenarkan iklan dan ada group yang tidak membenarkan sebarang iklan. Silap haribulan siapa yang cuba menjual akan di ‘kick’ iaitu kena remove dari group tersebut.
Kenalpasti setiap group dan siapa mereka dengan spesifik, apa yang mereka suka, psikologi mereka membeli, masalah utama pelanggan, dimana mereka berada dan bagaimana nak tarik perhatian prospek serta cara buat mereka percaya dengan anda dalam group whatsupp app anda.
Jangan terus menbuat jualan dalam group whatsapp, bagi respon untuk setiap whatsapp yang anda rasa ada kaitan dengan business anda, bagi sokongan dan bagi komen yang membina dan positif.
#1 – Cuba Promosi Kepada Orang-Orang Terdekat
Orang paling dekat dengan anda tentunya group keluarga, group rakan sekolah atau universiti. Mereka semua sudah kenal kita. Kelebihannya adalah mereka yakin dan percaya kepada kita kerana mengenali kita dan lebih mudah untuk close sales. Tapi nak promote pada orang terdekat perlu ada keyakinan diri yang kuat dan tidak boleh malu.
Ayat simple: “Salam dan hi semua, saya ada jual produk [nama produk anda]. Sape2 yang tengah cari produk ni boleh PM saya ya. Saya beri harga member2 kasih sayang. Terima kasih.”
Ayat lebih lebih panjang dan professional: “Assalamualaikum semua. Tumpang lalu sekejap ya. Nak tanya mana tahu ada rakan-rakan yang berminat dengan produk yang saya jual ni.
[Nama produk anda]
[Details produk]
[Harga]
(Attach sekeping dua gambar produk yang terbaik) Jika ada yang berminat boleh hubungi [No whatsapp anda]. Mohon maaf jika post ini tidak berapa sesuai atau buat anda rasa tidak selesa. Senyum selalu ya. Terima kasih semua. 🙂 “
< Edit ayat mengikut kesesuaian adan keselesaan anda. Biar ringkas dan padat. >
#2 – Buat Link Dengan Ramai Kawan
Lagi ramai kawan, lagi besar peluang anda untuk buat jualan di whatsapp group. Lebarkan sayap anda dalam berhubung dengan rakan-rakan daripada latarbelakang yang berbeza.
Ini satu peluang keemasan untuk mereka menyampaikan promosi dengan copy paste iklan anda ke group yang lain. Jangan merasa rendah diri. Orang yang berjaya akan gunakan peluang depan mata dengan sebaiknya. Tiada langsung lopong dan akhirnya anda sendiri akan melopong.
#3 – Gunakan Bahasa Yang Baik Dan Mudah Difahami.
Jangan pula anda gunakan ayat berbunga-bunga buatkan prospek rasa rimas. Gunakan bahasa yang baik dan mudah difahami apa yang hendak disampaikan anda.
Gunakan ayat simple tapi padat dengan mesej. Jangan buat stail karangan pula. Buatkan perenggan yang simple sedap mata memandang untuk mudah dibaca.
Bahasa melambangkan bangsa. Gunakan bahasa yang mesra dan buat orang rasa selesa membaca mesej yang kita sampaikan. Jangan guna ayat paksaan sehingga mengganggu orang lain. Gunakan cara yang kita mahu berkongsi dan bukan memaksa.
#4 Buat Orang Rasa Selesa Dengan Kita.
Rajinkan diri untuk berbual-bual jika ada masa terluang. Sentiasa beri salam dan mohon maaf jika promosi anda mengganggu mereka.
Bertanya kepada prospek masalah yang mereka hadapi. Jika tiada kaitan dengan produk jualan kita jangan terus lenyapkan perbualan anda tetapi gunakan kaedah membantu dengan mencadangkan produk yang anda ketahui kepada prospek.
Membuka peluang rezeki kepada peniaga lain adalah satu perkara yang mulia. Mungkin hari ini prospek tidak perlukan produk kita namun sikap baik yang ditunjukkan anda akan membuka peluang kepada produk jualan anda untuk dikhabarkan prospek kepada rakan-rakan yang lain.
#5 -Tulis Mesej Iklan Yang Simple
Jangan penatkan prospek dengan ayat berjela-jela. Mereka tiada masa yang banyak untuk membaca tulisan anda seperti buku. Ayat mestilah simple dan senang difahami. Bukan semua orang rajin nak baca tulisan yang berjela-jela panjang.
Mungkin anda boleh gunakan kreativiti anda dalam mewarna warnikan mesej yang hendak dihantar seperti berpantun, berteka teki atau lain-lain cara. Mewujudkan nilai humor yang tidak keterlaluan tetapi menyuntik rasa gembira buat prospek untuk menghabiskan baca mesej sehingga noktah terakhir.
#6 – Letakkan Sekeping Dua Gambar Produk Jika Perlu.
Jangan terus berdesup hantar gambar tanpa henti. Silap-silap anda kena block terus. Ibarat kita nak datang rumah orang. Perkara pertama beri salam dan ketuk pintu. Macam tu juga kita nak masuk whatsapp group. Bagi salam dulu kemudian hantarlah gambar berkaitan jualan anda.
Tapi jangan spam sampai 10 keping gambar sekaligus. Lepas dapat contact yang pm barulah tunjukkan gambar-gambar testimoni yang banyak tu untuk lebih yakin akan mereka.
#7– Buat Tawaran
Dalam whats app group ada pelbagai tawaran meleleh ditawarkan, ada yang create urgency kenapa kena beli sekarang, yang berminat sila PM saya. Last call stock dah nak habis. Kalau nak buat tawaran meleleh yang lebih hebat gunakan tawaran sales funnel yang bersistematik.