Tak ramai dalam kalangan kita ada akaun LinkedIn berbanding akaun media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Ramai yang fikir LinkedIn adalah platform untuk orang –orang besar korporat dan usahawan-usahawan yang sudah berjaya dan terkenal.
LinkedIn adalah medium terbaik untuk mencari kerja, membina kerjaya, membina networking dan mengembangkan bisnes secara professional.
Tidak semua perkara kita ingin kongsikan dengan semua orang di laman media sosial kita. LinkedIn adalah cara terbaik untuk upgrade diri secara profesional dengan privasi peribadi yang terpelihara.
Ramai pemburu bakat atau pekerja menggunakan LinkedIn untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Pastikan anda lakukan perkara berikut agar berjaya mendapat persekitaran profesional yang anda inginkan pada tahap maksimum. Mana tahu dapat kerja idaman?
#1- Jangan Biarkan Akaun Anda Terbiar.
Ramai orang menggunakan LinkedIn dengan cara yang salah. Hanya muatnaik resume. Isi bahagian keterangan peribadi dan tinggalkan ia berhabuk sambil berharap orang akan menyedari kewujudan dan bakat anda.
Itu adalah cara yang salah dan melambatkan proses anda membina kerjaya dan reputasi. Anda kena beranggapan yang akaun LinkedIn anda adalah portfolio online sepatutnya befungsi seperti akaun media sosial anda yang lain seperti Facebok, Instagram, Twitter dan lain-lain.
Mungkin tidak perlu diupdate setiap hari tetapi sekurang-kurangnya seminggu sekali agar mereka lihat yang anda ada semangat dan menyukai pekerjaan anda melalui penglibatan anda. Jangan hanya update hanya bila mahu mencari kerja yang baru.
Walaupun anda bukan sedang mencari pekerjaan yang baru, tidak salah untuk berkongsi kisah kerjaya anda dari masa ke semasa. Siapa tahu apa yang mereka bakal tawarkan kepada anda hanya dengan melihat profil LinkedIn anda.
Mungkin itu adalah tawaran yang menarik yang tidak disangka-sangka. Ingat, kita bina reputasi diri melalui bakat dan pengalaman, bukan berdasarkan likes dan followers semata.
#2- Pastikan Headline Anda Menarik Perhatian Mereka.
Kalau individu melihat profil anda untuk networking, mereka mungkin punyai banyak masa untuk membaca kisah kerjaya anda. Akan tetapi untuk pencari bakat, perkara pertama yang mereka akan lihat adalah headline anda.
Mereka tidak punyai banyak masa untuk meneliti kisah kerjaya anda daripada A-Z. Biasanya mereka ini sudah ada kriteria apa dan siapa yang mereka ingin cari.
Pertama sekali lihat mereka lihat headline anda, jika mereka rasa headline anda menarik barulah mereka akan klik untuk baca selanjutnya mengenai anda. Pastikan anda menarik perhatian mereka dengan penggunaan headline yang catchy dan kreatif.
#3- Tulis Ringkasan Kerjaya Yang Mampat, Padat Dan Padu.
Kebanyakan daripada kita selalunya akan guna ruangan ini dengan menceritakan ringkasan resume, pengalaman kerja, tanggungjawab dan pencapaian. Memang itu adalah strategi yang sesuai untuk membantu orang menilai prestasi dan reputasi kerjaya kita.
Memang tidak salah cumanya itu juga adalah perkara yang ramai orang lain buat. Dalam erti kata lain, anda beri peluang kepada orang lain untuk menjadi pesaing anda kerana anda tidak ada perbezaan dengan apa yang mereka lakukan.
Cuba guna teknik story telling untuk bahagian ini. Daripada hanya copy dan paste resume anda dan tulis perkembangan karier anda seperti laporan, cubalah untuk menjadi sekreatif yang boleh dengan mengunakan teknik penceritaan yang menarik untuk dibaca.
Contohnya, selalu orang akan tulis, Saya bekerja selama 3 tahun di Syarikat XYZ sebagai manager dan kemudian berpindah ke Syarikat ABC di Kelantan dan kini menjawat jawatan sebagai Head of Manager.
Sebaliknya anda boleh tulis, Saya bekerja selama 3 tahun di Syarikat XYZ sebagai seorang Manager dan kemudian berpindah ke Syarikat ABC di Kelantan, iaitu tempat asal saya kerana mendapat peluang untuk peningkatan kerjaya sebagai Head of Manager.
Saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Kelantan kerana ingin lebih dekat dengan keluarga yang sentiasa memberikan inspirasi untuk saya berjaya dalam lapangan kerjaya.
#4-Semuanya Adalah Berkaitan Dengan Bisnes.
Apa sahaja yang anda tulis dan paparkan di LinkedIn adalah berkaitan bisnes. Jangan campur adukkan personal dengan kerjaya. Kalau anda seorang usahawan, anda hendaklah sentiasa update aktiviti bisnes anda dengan aktif kerana itu adalah refleksi keadaan bisnes anda.
Mungkin anda boleh update yang anda bernetworking dengan usahawan lain dan sebagainya. Kita tidak tahu siapa yang akan melihat profil kita. Mungkin kita boleh mendapat peluang untuk expand bisnes ke peringkat yang lebih besar.
Anda boleh juga letakkan catatan mengenai aktiviti peribadi yang boleh beri tambah nilai kepada kerjaya anda. Contohnya hobi anda suka membuat kerja kesukarelawanan maka boleh update aktiviti anda bersama mereka yang anda bantu.
Jika anda boleh bercakap bahasa asing maka letakkan juga ini sebagai satu kelebihan yang ada pada anda. Mereka perlu tahu karakter anda selain daripada pengalaman anda sebelum memberi peluang kerjaya atau bisnes kepada anda. Ingat LinkedIn bukan seperti rangkaian media sosial anda yang lain. Semua aktiviti dan networking adalah untuk membina kerjaya bukan berkongsi gosip dan cerita sensasi.