oleh Team Richworks pada 01 February 2018
Anda pasti rasa macam, tipulah, takkan dari tak tau langsung berniaga, tiba-tiba dapat RM5,000 sebulan. Lagi pelik, niaga apa pun tak tahu, tiba-tiba dapat RM60,000 sebulan? Kalau setakat pegang duit RM500-600 sebulan tu biasa la kan tapi ini dia rasa pegang duit RM15,000 sebulan! Bila anda dengar cerita-cerita orang bisnes sebegini mesti ada satu tanda tanya kan, apa yang mereka buat?
Dalam dunia, terutamanya dunia bisnes, tak ada apa yang tiba-tiba. Semuanya ada usaha dan jalan serta cara-caranya. Tak ada istilah kebetulan bagi minda bisnes. Semua diatur dan diramalkan sebagai persediaan. Tak ada juga minda-minda bisnes yang akan sanggup buang duit tanpa arah tuju dan pulangan yang setimpal. Itulah yang terjadi pada lebih 600 orang usahawan berimpian besar dan berazam tinggi di sesi Mastermind Group Coaching peserta Super Supreme pada 31 Januari 2018. Mereka yang sudah tertunggu-tunggu sesi coaching kali ini sejak Disember tahun lalu tidak melepaskan peluang untuk kembali kemari. Ilmu yang diberi, jika diaplikasi memang bagus tapi ianya masih belum mencukupi jika tidak disemak atau review semula.
Sungguh berbunga hati kami bila tahu mereka yang hadir kelas tahun lalu dari kosong, kini dah pegang ribuan ringgit sebulan. Dari minda pagi jual petang dapat duit, kini dah nampak misi visi perniagaan mereka sendiri.
Mereka komited mengaplikasikan ilmu yang diberi. Antara free marketing yang mereka sentiasa amalkan pastilah LIVE story di Facebook dan Instagram mengikut jadual, berkongsi story di timeline dan semasa LIVE. Kisah di balik permulaan dan juga Big Why mereka. Mereka jalinkan hubungan emosi antara mereka dengan pelanggan. Paling utama, mereka siarkan hasil-hasil dan testimoni pelanggan di media sosial. Dan mereka tidak lagi kalah dengan perang harga kerana mereka sudah tahu nilai mereka sendiri. Mereka fokus pada pemberian khidmat dan produk terbaik. Perang harga hanya akan menjahanamkan perniagaan sendiri jika tidak dikawal dan dirancang. Jadi mereka lebih gemar mengambil jalan bijak dengan memfokuskan kelebihan mereka.
Jangan pula anda salah sangka mereka yang berjaya ini semuanya dengan menjadi pengasas dan penjual produk sendiri. Ramai antara mereka bermula dengan 0 hingga minimum modal. Mereka bermula dengan dropship, atau ejen produk orang lain. Mereka test market dengan berikan satu tempoh masa – ia ibarat survey, untuk tahu mana satu yang laku keras, biasa-biasa atau tidak diperlukan. Mereka gunakan teknik personal branding dan komunikasi emosi berbanding produk branding atau perkara yang lebih pada hard selling. Malah mereka juga ada yang menjadi introducer pada bisnes orang lain. Mereka perhatikan pasaran dan pilih produk yang mendapat permintaan tinggi. Mereka fokus pada produk dan perkhidmatan yang sering diguna, dan diperlukan setiap hari supaya bisnes mereka sentiasa jalan terus.
Dan coaching kali ini? Mereka berpeluang mendapatkan jawapan pada segala trial and error yang mereka jalankan sejak MMM lalu. Bila anda buat tindakan, pasti akan ada kesan atau akibat yang anda mungkin jangka atau tidak jangkakan. Jadi bila ia terjadi, jika anda tiada pengalaman yang benar-benar mantap, keputusan yang anda ambil akan goyang atau tidak tepat dan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada bisnes. Langkah bijak? Anda sentiasa berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat dari mentor yang anda percayai, yang berjaya dan punyai results yang boleh dibanggakan.
Hadir dengan 1001 persoalan, pulang dengan sejuta jawapan! Tahniah pada mereka yang hadir di MMM Group Coaching lalu dan jumpa lagi pada sesi seterusnya. Bagi anda yang masih teragak-agak, ada satu kata yang mungkin boleh anda fikir-fikirkan. Lebih baik anda menyesal beli dari tidur malam termimpi-mimpi. Lebih baik banyak bertanya dari sesat di hujung jalan. Lebih baik pergi belajar dari menyesal tak sudah di kemudian hari.