Adakah anda selalu mengeluh sale masih di tempat yang sama? Hakikatnya semua usahawan mengimpikan sales yang meroket dari hari ke hari sehingga mendatangkan keuntungan yang berkali-kali ganda secara tidak langsung memanjangkan semangat untuk terus berjuang dalam bidang perniagaan ini.
Namun tanpa ilmu yang mencukupi tentang bagaimana caranya untuk meningkatkan sale perniagaan anda, pastinya anda akan tetap berada pada tahap yang sama. Pentingnya ilmu marketing adalah kerana ianya nadi kepada sale yang akan anda perolehi kelak.
Jangan peningkan kepala anda lagi memikirkan cara yang terbaik untuk memperbaiki mutu pencapaian sale anda. Di sini Tim Majalah Niaga kongsikan 5 cara fundamental yang membolehkan sales sesuatu syarikat menjadi meningkat.
5 cara ini tidak terikat kepada jenis produk, atau channel atau model bisnes yang digunakan. Ianya panduan universal yang boleh digunapakai kepada semua bisnes, samada kecil mahupun besar.
#1.Tingkatkan Bilangan Pelanggan
Selalunya orang bisnes hanya memfokuskan kepada mendapatkan pelanggan baru sebagai satu-satunya strategi menaikkan jualan masing-masing. Mereka meleburkan duit sebanyak-banyaknya dan mengharapkan pulangan yang mampu menampung perbelanjaan yang telah dikeluarkan.
Bagi pemilik website e-commerce, cara menambah pelanggan ialah dengan menambahkan traffik ke website masing-masing. Namun statistik menunjukkan, hanya sekitar 1% sahaja pelawat baru yang memasuki website akan membeli.
Oleh yang demikian anda perlu sedar bahawa memfokuskan 100% usaha untuk menambah pelanggan baru bukanlah cara paling efisen untuk menaikkan sales bisnes. Hakikatnya, meningkatkan bilangan pelanggan adalah cara paling mahal untuk meningkatkan sales
#2- Pasang Testimonials di Bahagian Awal Sales Copy
Anda boleh letakkan testimonials awal-awal di sales copy, ini kerana testimonilah yang paling ‘berkuasa’ untuk convert prospek untuk menjadi customer.
Kajian di BusinessWeek Magazine telah membuktikan 75% orang tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Seller, tetapi 70% percaya dengan review dari pengguna yang lain, walaupun tidak mengenali orang tersebut.
#3-Tingkatkan Nilai Pesanan Purata
Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan order value. Kita boleh tingkatkan average order value dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan menawarkan upsell & cross-sell.
Upsell : Menawarkan produk model yang lebih mahal atau tambah add-ons, atau warranty yang berkaitan dengan produk asal. Contohnya iPhone 8 model 64 GB, upsell iPhone 8 model 128GB atau 256 GB, berserta warranty lanjutan 3 tahun
Cross-sell : Menawarkan produk lain yang berkaitan dengan produk asal untuk dibeli bersama. Contohnya bagi produk iPhone 8, cross-sell produk seperti headphone, wireless charging, powerbank dan seumpamanya
Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma untuk menggalakkan pelanggan membeli secara banyak atau pukal dan secara tidak langsung meningkatkan averange order value.
#4-Tingkatkan Frekuensi Pesanan Pelanggan
Frekuensi pesanan meningkat, sales akan naik. Bayangkan jika anda berjaya buat pelanggan yang biasanya membeli dengan anda setahun sekali bertindak membeli dengan anda sebulan sekali. Bagaimana agaknya sales bisnes anda selepas itu? Meletup? Ya sudah tentu!
Namun ia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu satu sistem pengurusan pelanggan yang cekap & efisien seperti sistem e-commerce. Itu pun memerlukan setup dan kefahaman yang dalam dalam memahami data pelanggan.
Jika kita belum ada sistem, apa yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan followup secara manual satu per satu. Renyah tapi setidak-tidaknya ia tidak memerlukan kos semahal mendapatkan pelanggan baru.
#5 -Scarcity
Kadang-kadang manusia ni perlu di’push’ untuk melakukan sesuatu. Hakikatnya adalah bukan semua manusia bersikap ‘driven’ dan proaktif seperti anda.
Jadi salah satu cara untuk ‘push’ prospek untuk mengambil tindakan adalah dengan menyatakan offer kita ini mempunyai had.
Had ini akan memberi mesej secara langsung kepada prospek ‘Cepat-cepat dapatkan sekarang, nanti terlepas kempunan’. Had ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara:
- Bilangan (limited edition watch, 50 pembeli pertama sahaja dapat diskaun 70%)
- Masa (offer dibuka untuk 24 jam sahaja)
- Gabungan (offer akan tamat dalam 24 jam, atau bila 2000 unit terjual, mana-mana dahulu).