Chanel dan Louis Vuitton mempunyai sekitar 18 juta dan 19 juta Followers di Facebook dan di Instagram. Walaupun Followers dah ramai dan jenamanya dah terkenal, mereka tak pernah berhenti buat posting secara konsisten di laman media sosial mereka.
Mereka post tentang aktiviti mereka, keluaran terbaru dan macam-macam lagi kerana mereka tahu ramai yang ternanti-nanti posting dari mereka. Ada dua perkara yang mereka sangat konsisten. Pertama ialah dari segi kemunculam mereka di media sosial.
Mereka konsisten buat posting dalam pelbagai bentuk samada gambar, poster, tip, video dan lain-lain. Kedua, mereka konsisten dalam rekabentuk posting dan design mereka supaya mudah orang ramai nak hubungkaitkan postig tersebut dengan jenama mereka.
Content marketing ini sangat penting untuk ‘tarik’ prospek beli secara halus. Namun, jika sentiasa diasak dengan content anda mungkin akan mengalami masalah ketandusan idea kepada prospek di page.
Tim Majalah Niaga akan berkongsi 5 IDEA yang nampak simple tapi boleh bantu tingkatkan reach di page anda nanti
# 1– Live Feed
Jika anda seorang yang petah bercakap sesi Livefeed amat sesuai dengan anda untuk dekat dengan prospek. Livefeed mampu bantu tingkatkan reach di page dengan pantas berbanding cara yang lain.
Anda boleh lakukan banyak jenis live seperti berkongsi tempat makan menarik anda kunjungi, petua jaga kesihatan, share tentang produk yang anda jual, buat peraduan dan paling best anda boleh buat sale dengan livefeed.
#2 – Seeding Validation
Perasan tak cara begini dah sebagai tular dikalangan orang bisnes. Mereka akan post clue tentang produk baru yang hendak dilancarkan. Buat prospek menanti dan tertanya-tanya.
Post Seeding Validation ini menggunakan kaedah bagi ‘HINT’ atau ‘CLUE’ tentang sesuatu perkara yg anda nak bagitau sebelum menunjukkan produk sebenar.
Contohnya anda hendak keluarkan design baru untuk kasut jenama anda. Oleh yang demikian anda akan buat satu post di bahagian seeding seerti, bertanya pada pengunjung laman sosial anda, warna apa yang mereka suka, bertumit atau tidak dan lain-lain.
# 3-Poll Post
Cara poll post ini, post yg boleh anda engage dgn fans anda dengan cara yang mudah. Anda boleh create satu soalan yang simple. Kemudian wujudkan pilihan jawapan kat post tersebut.
# 4– Q&A
Pengguna akan ada lambakan soalan untuk ditanya tentang produk yang anda jual. Jadi satu kelebihan jika anda pandai menjawab soalan yang dikemukan prospek dengan jayanya.
Buatkan post berbentuk Q&A secara bergambar atau video. Lagi bagus jika anda buat post Q&A dlm bentuk live feed. Bila anda buat dlm bentuk live, ia akan bantu tingkatkan kepercayaan pengguna kepada anda dan produk anda.
# 5– Update Aktiviti
Jika anda kaki bergambar, apa sahaja hal bisnes anda ambik gambar, apa lagi, postlah di fb dan share untuk prospek lihat kemeriahan anda mempromosikan produk jualan anda.
Selain tu, anda boleh ‘update’ aktiviti bisnes anda di page. Contohnya. gambar ketika customer yang ada nama beli, time anda tengah packing produk untuk di pos berbukit-bukit, suasana kedai, dan apa sahaja berkaitan bisnes anda.