Jika anda sedang menjalani program diet dan mengimpikan pinggang seperti kerengga, anda tidak perlu sangsi atau fobia pada makanan.
Sekiranya makanan yang diambil itu tepat, proses penurunan berat badan akan menjadi lebih mudah.
Ini tujuh makanan yang boleh bantu anda menurunkan berat badan.
Moga diet anda sukses dan berjaya mendapat berat badan yang ideal!
1) OATMEAL
Kandungan serat yang tinggi pada oatmeal akan buatkan ada rasa kenyang lebih lama.
Selain itu, kandungan vitamin B3 yang tinggi pada oatmeal juga akan membantu tubuh menjaga kadar gula darah dan meminimalisasi lemak dalam tubuh.
Tips: Belilah oatmeal yang kandungan gulanya rendah dan amalkan oatmeal dengan campuran yang tepat seperti air dan susu rendah lemak.
2) CILI
Mengamalkan makan cili dengan kuantiti dan cara yang betul dapat membuat anda lebih bertenaga – maksudnya lebih pengeluaran tenaga serta pembakaran kalori akan lebih besar dari biasanya dalam beberapa jam selepas makan cili kerana beberapa kandungan dalam cili seperti capcaisin dan dyhidrocapsiate.
Tips: Jangan menggunakan minyak untuk mengolah cili dan jangan makan cili secara berlebihan.
3) TELUR
Makan telur dengan jumlah dan cara yang betul boleh membantu menurunkan berat badan.
Kandungan lemak baik dan protein yang tinggi dalam telur akan bantu membentuk otot dan meningkatkan metabolisme.
4) TEH HIJAU
Ini antara makanan yang menjadi pilihan pengamal diet tegar.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau bisa membuat metabolisme tubuh dan pembakaran lemak dalam tubuh meningkat.
Tips: Minulah teh hijau sebelum makan dan atau satu jam sebelum bersukan agar proses pembakaran lemak lebih maksimum.
5) COKLAT
Walaupun sedikit mengejutkan, tapi ternyata coklat boleh membantu proses penurunan berat badan.
Tapi bukan sembarang coklat melainkan dark chocolate dengan 70 peratus kandungannya.
Kandungan catechins yang tinggi pada coklat hitam akan membuat proses metabolisme dalam tubuh meningkat dan proses pembakaran lemak lebih maksimum.
6) KACANG WALNUT
Salah satu jenis kacang yang mengandungi protein dan lemak omega 3 yang tinggi, lemak baik iakan mengaktifkan gen yang mencegah tubuh menyimpan lemak di daerah perut, membuatkan proses diet lebih mudah.
7) TEMBIKAI
Selain kaya kandungan air, tembikai juga merupakan sumber vitamin A, C dan asid amino yang baik. Asid amino dalam tembikai akan merangsang sensitiviti insulin dalam tubuh hingga memacu tubuh untuk menggunakan lemak lebih banyak.
Seperti mana pun diet itu diamalkan, harus diingat ia perlu diimbangi dengan senaman.
Jika ia diimbangi dnegan betul, pastinya tidak mustahil bentuk badan ideal yang diidamkan akan menjadi kenyataan.
Semoga berjaya!