Bila tiba bab nak bercerita tentang ‘launch’ produk baru semua dah berkerut dahi. Bermacam persoalan bertubi-tubi tembak kat kepala. Dah berminggu-minggu kepala dihempap macam-macam ketakutan sehingga tiba hari kejadian yang sebenar.
Sebelum anda nak launch produk baru, anda mestilah bersedia daripada segi mental dan emosi. Persediaan awal akan memberi peluang kepada sebuah keberhasilan launching nanti.
Anda nak tahu apa perkara yang perlu anda lakukan sebelum nak lauch produk anda supaya tidak tersesat pada arah sebenar? Jom ikut tips dibawah.
#1-Mengenal Pasti Peluang
Langkah pertama sebelum melancarkan produk baru ke pasaran adalah untuk mengenal pasti peluang. Cara paling umum untuk mengenal pasti peluang ialah apabila anda melakukan penyelidikan pasaran. Ini boleh dikenalpasti / dikesan dari soalan-soalan berikut:-
- Apakah keperluan pengguna: contohnya, keperluan untuk menjimatkan duit.
- Apakah masalah yang dihadapi oleh pengguna: contohnya, kekurangan keselesaan daripada produk sedia ada.
- Apa perubahan yang berlaku dalam masyarakat: contohnya, perubahan keutamaan dan gaya hidup.
Daripada persoalan di atas, maka anda dapat menghasilkan satu produk inovatif. Sama ada berdasarkan memenuhi keperluan komuniti, atau memenuhi hasrat, atau menangani perubahan yang berlaku dalam masyarakat dengan mencipta produk baru.
#2-Reka Bentuk Produk
Sebaik sahaja anda mengenal pasti peluang itu, langkah seterusnya adalah untuk mereka bentuk produk yang membolehkan mewujudkan pasaran baru atau boleh bersaing dalam pasaran yang sedia ada.
Anda tidak perlu membuat produk yang benar-benar baru dan tidak wujud sebelum ini. Anda hanya perlu memberikan nilai tambah tertentu untuk membezakan produk anda dengan produk serupa yang sudah ada
#3- Uji Produk Anda
Sebelum produk dilancarkan, anda mesti menguji prototaip produk anda. Adalah penting bahawa produk anda diterima dengan baik di pasaran dan mendapatkan maklum balas yang membantu anda mendapatkan maklumat penting untuk membuat pengubahsuaian yang diperlukan untuk menjadikan produk anda lebih sempurna.
Untuk melaksanakan ujian ini, anda boleh melakukannya dengan pasukan dalaman anda atau melibatkan elemen luar.
Kemudian anda melihat dan memperhatikan reaksi yang mereka berikan. Atau anda terus bertanya kepada responden pendapat dan cadangan mereka mengenai produk yang sedang diuji.
#4-Sistem Menarik Buat Bakal Ejen/Stokis
Anda perlu memikirkan satu sistem menarik buat harga agen dan stokis anda. Contohnya, anda boleh buat Pakej A) modal 200 , keuntungan 20% , pakej B) Modal 500 keuntungan 40%. Atau anda boleh buat buat minimum order contohnya order 50 unit harga rm5 , 80 unit ke atas harga rm4
#5-Tetapkan Pelan Pelancaran
Setelah produk anda siap sepenuhnya untuk dilancarkan. Jadi langkah seterusnya adalah untuk menentukan strategi pelancaran yang akan anda gunakan untuk melancarkan produk anda.
Termasuk bentuk acara pelancaran, ciri-ciri khalayak / penonton, pengenalan ciri produk, sistem pengedaran produk dan perkara paling penting adalah mengikut kesesuaian produk yang ada keluarkan.