Siapa di antara anda yang arif tentang cukai pendapatan? Kami dapati ramai usahawan seperti anda, tak tahu tentang macam mana nak ‘submit’ borang cukai dan nak declare pendapatan anda dengan cara yang betul.
Jadi kalau untuk diri sendiri pun terkial-kial nak buat, kami tak pasti macam mana anda boleh buat untuk staff anda?
Just nak ingatkan anda lagi 18 hari tarikh tutup untuk anda hantar borang cukai pendapatan individu – Borang BE!
Kami nak tanya sikit,
1. Anda tahu ke ada deadline untuk hantar borang, anda tahu tarikh 30 April anda perlu hantar borang ni?
2. Anda tahu ke apa ke bendanya Borang BE ni?
3. Anda tahu ke apa kesannya jika anda tak hantar borang ni sebelum deadline nya tiba?
Ini cumalah salah satu daripada perkara melibatkan percukaian yang anda perlu patuhi. Sebenarnya ada banyak lagi perkara asas tentang percukaian yang anda perlu tahu. Ada beberapa lagi borang dan deadline yang anda perlu sedar, terutama jika anda seorang usahawan yang memiliki entiti perniagaan Enterprise atau seorang pengarah syarikat Sdn Bhd.
[embedded content]
Jadi kat manalah tempat sesuai nak belajar tentang semua ini? Takkan la nak kena masuk universiti balik dan belajar untuk jadi Akauntan atau Agen Cukai.
Tak perlu gundah gulana lagi. Kami faham kekusutan anda. Sebab itulah kami akan anjurkan satu sesi khas nak ajar anda semua tentang ilmu asas tentang cukai pendapatan ni. Ilmu yang sangat berharga yang boleh bantu anda tahu serba sedikit tentang Cukai.