SARATOV: Banjir besar di Rusia pada Khamis telah menyebabkan lebih 700 buah rumah terjejas akibat ditenggelami air.
Ini memaksa penduduk untuk meninggalkan rumah mereka dan mencari tempat berlindung sementara.
Menurut pihak berkuasa di sana, secara keseluruhannya 129 bandar dan kawasan desa melibatkan kawasan wilayah Saratov, Voronezh dan Tamboz terjejas teruk.
Mengikut jumlah rasmi, lebih daripada 1,000 orang dari kawasan terjejas telah dipindahkan setakat ini.