KUALA LUMPUR: Twitter terus menjadi platform utama tentang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan jumlah tweet sebanyak 7.3 juta yang dikongsi.
Jumlah tweet itu diambil kira dari tempoh kempen iaitu 28 April hingga ke hari pengundian iaitu 9 Mei.
Hashtag #GE14 menduduki tangga pertama sebagai hashtag paling trending.
Hashtag yang diperkenalkan oleh Astro AWANI iaitu #MalaysiaMemilih menduduki senarai 10 teratas.
Pakatan Harapan meraih 51 peratus ‘Mentions’ atau sebutan, di Twitter, berbanding 49 peratus untuk Barisan Nasional.
Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraih 58 peratus ‘Mentions’ berbanding 42 peratus yang diraih oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Twitter adalah cara terbaik untuk melihat apa yang berlaku di Malaysia dan ini tidak berbeza dengan Pilihan Raya Malaysia di mana kemas kini di Twitter membantu pengundi Malaysia dan semua orang di seluruh dunia mengikuti dan membincangkan perkembangan politik dalam masa nyata,” kata Philip Chua, Global Government and Elections Lead bagi Twitter Asia-Pasifik.