Dari Meja Dr. Azizan Osman – Kunci Keberkatan Rezeki Adalah Melalui Silaturrahim
oleh Team Richworks pada 13 June 2018
The Power of Silaturrahim – satu perkara yang saya selalu tekankan kepada anak didik saya dalam hampir setiap program yang saya adakan ialah pentingnya menjaga Silaturrahim. Sebesar manapun cita-cita dan impian, sebagus mana tindakan yang anda buat, selagi anda memutuskan atau tidak menjaga silaturrahim, susah untuk anda berjaya. Kalau berjaya pun, macam ada banyak halangan yang anda akan tempuhi.
Hari raya adalah peluang terbaik untuk kita saling membina silaturrahim. Bila Raya, adik beradik dan saudara mara akan balik kampung dan saling berkumpul. Inilah masanya untuk kita bertanya khabar dan bertukar cerita.
Satu perkara yang kita perlu ingat, ialah adab. Adab dalam kunjung mengunjungi, adab dalam berkomunikasi dan adab dalam membina silaturrahim. Ada orang bila dia berkunjung ke rumah sanak saudara atau berkumpul bersama keluarga, mereka kurang menjaga adab dalam tutur kata. Mereka suka bercakap tentang perkara yang mudah dijadikan isu perbalahan seperti isu politik, dan suka bertentang pendapat.
Tak salah sebenarnya untuk berbual topik seperti itu, tapi janganlah sampai asyik kita saja yang nak menang. Hormati juga pendapat orang lain.
Paling saya sedih bila dengar cerita tentang hubungan yang tak berapa bagus antara ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik, kakak dan abang, suami dan isteri sedangkan inilah kunci kemurahan rezeki dan keberkatan dalam hidup.
Kepada yang bergelar isteri, kunci keberkatan anda adalah ada pada suami. Untuk suami, kunci keberkatan anda adalah pada ibu dan ibu mertua. Tapi inilah yang payah untuk kita jaga. Kadang-kadang, ketika mereka masih ada di depan mata, kita buat tak endah, kita jadi lebih pentingkan diri sendiri dan bila mereka dah tak ada baru lah kita nak merindu-rindu dan tercari-cari kasih sayang mereka.
Sebab itu saya tekankan perkara ini – The Power of Silaturrahim dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) kerana saya dah lalui semuanya, dan saya tahu betapa rugi dan tak berkatnya hidup jika kita tak menjaga silaturrahim.
Anda boleh juga tonton video raya hasil karya Team Richworks. Segalanya tentang silaturrahim.
[embedded content]
Di kesempatan ini, saya dan Richworks ingin memohon ampun maaf atas kesilapan kami dan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ambil kesempatan di cuti raya yang panjang ini untuk saling membina dan meneguhkan silaturrahim.
Salam Sayang,
Dr Azizan Osman
[embedded content] (Why?)