Perniagaan kecil umpama batu loncatan sebelum melangkah ke perniagaan gergasi yang lebih mencabar. Namun tahukah anda betapa pentingnya mengurus kewangan dengan bijak dan teratur supaya bisnes anda terus berkembang ke peringkat seterusnya? Anda harus mengamalkan pengurusan kewangan yang sistematik bermula dari perniagaan kecil lagi.
Perlukah anda sebagai pengusaha perniagaan kecil melakukan semua ini? Sejauh manakah pentingnya pengurusan kewangan yang teratur dalam perniagaan kecil? Mari kita periksa adakah anda telah mengaplikasikan tips di bawah dalam perniagaan anda :
-
Asingkan perbelanjaan perniagaan dengan peribadi
Sememangnya sebagai pemilik perniagaan kecil anda harus mengenalpasti perbelanjaan itu adalah untuk perniagaan atau peribadi seperti isu cukai, liabiliti dan sebagainya. Kemudian barulah mudah untuk anda mengasingkannya.
Anda boleh tetapkan bajet perniagaan dan bajet peribadi dengan lebih terperinci dan tegas supaya kad kredit dan pinjaman untuk perniagaan tidak digunakan untuk urusan peribadi dan begitu juga sebaliknya.
-
Pilih vendor yang terbaik sebelum membuat perjanjian
Pentingnya kemahiran dalam berunding dengan vendor atau pembekal supaya anda mendapat tawaran harga yang terbaik. Teliti dengan betul apa terma dan syarat yang mereka letakkan supaya dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Mampukah perniagaan anda mengikuti terma dan syarat yang mereka tetapkan?
-
Berjimat dengan perbelanjaan perniagaan
Gunakan peluang sebaiknya jika ada tawaran rebat bagi peralatan pejabat dan pembekal. Jika hendak membeli perabot atau peralatan pejabat yang berskala besar, seeloknya beli sahaja ‘secondhand’. Jangan terlalu ikut perniagaan yang sudah lama bertapak dan stabil.
-
Jangan lewat membayar bil
Bayar segala bil perniagaan seperti bil vendor dan utiliti tepat pada masa yang ditetapkan. Elakkan penalti terutamanya dalam pembayaran cukai. Gunakan ‘organiser’ pada telefon anda untuk membuat peringatan setiap kali tiba masa pembayaran bil. Rancang sebaiknya masa peringatan dan ‘dateline’ bil tersebut.
-
Belajar asas dalam perakaunan
Perniagaan kecil mungkin tidak memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai akaun. Cukup sekurangnya anda mempunyai asas perakaunan. Walaupun mungkin anda melantik staff atau ‘bookkeeper’ untuk menjaga kewangan perniagaan, tetapi sebagai pemilik perniagaan anda harus tahu dan memahami keluar masuk duit perniagaan dengan jelas.