‘’Alamak lepas raya ni mesti sales bisnes aku akan turun. Yelah orang dah berhabis duit untuk raya. Mana ada orang nak membeli time tu. Hmm macam mana ni???’’
Sebagai usahawan atau peniaga online pasti sesekali anda akan terfikir hal seperti di atas kan? Itu normal. Sebagai pemilik perniagaan kita pasti akan risau jika hal ini berlaku.
Tidak dinafikan sales biasanya akan turun tetapi jangan risau risiko itu masih boleh dikurangkan sekiranya anda melakukan teknik ini. Yang penting anda usaha dan bukan terus mengalah sebelum ke medan perang. Teknik ini dicetuskan oleh speaker Majalah Niaga, Hasbul Aqill.
1) Buang mindset sales akan turun selepas raya
Apabila terlalu fokus pada masalah yang akan dihadapi, ia akan mengganggu kita daripada mencari solusi. Sebaliknya kita harus berfikiran positif supaya tindakan kita lebih kepada mengatasi isu yang mungkin akan berlaku dalam bisnes kita.
2) Buang mindset orang tidak membeli selepas raya
Tidak semua pelanggan terkesan dengan situasi selepas raya. Setiap orang kewangan berbeza. Ada yang kurang berbelanja ketika raya. Jadi mereka tiada masalah untuk membuat pembelian walaupun selepas raya.
3) Kekalkan konsistensi pemasaran seperti sebelum raya.
Ketika pesaing-pesaing anda telah turn-off marketing mereka, ketika itulah anda lebih aktif memasarkan produk/servis anda supaya pelanggan akan lebih nampak bisnes anda berbanding orang lain. Anda akan memonopoli trafik news feed mereka dengan iklan bisnes anda.
4) Buat tembakan balik kepada prospek yang senyap.
Hubungi balik prospek yang senyap semasa anda close sales dahulu. Tawarkan kepada mereka diskaun/baucer/promosi atau apa sahaja yang akan membuatkan mereka tidak mahu melepaskan peluang itu. Cara ini tidak melibatkan kos malah hanya memerlukan masa dan tenaga sahaja.
5) Tukar trend atau pendekatan pemasaran mengikut situasi semasa.
Walaupun selepas raya anda masih boleh meneruskan kempen promosi anda mengikut situasi semasa. Sesuaikan cara penyampaian anda dengan situasi ketika itu. Contohnya peniaga baju raya masih boleh buat marketing dengan menawarkan koleksi untuk open-house dan sebagainya.
Sumber info: FB Live Hasbul Aqill