KUALA LUMPUR: Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.
Namun, Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya sebagai tukang masak di restoran India Muslim tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan.
“Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.
“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” katanya ketika sidang media di Wisma Primas, di sini, pada Ahad.
BACA: Mulai 1 Jan 2019, hanya tukang masak tempatan dibenarkan
BACA: Tukang masak tempatan hanya cadangan – Kulasegaran
BACA: Arahan guna tukang masak tempatan perlu dikaji
Bagaimanapun, beliau turut bercadang supaya kerajaan dapat mencari jalan membekalkan pekerja tempatan untuk bekerja dengan industri restoran mereka selain mengadakan karnival kerjaya khas untuk industri restoran dan pemakanan.
Katanya, melalui karnival itu mungkin boleh melihat permintaan pekerja tempatan dalam bidang ini.
BACA: Pekerja asing pembawa bakteria keracunan makanan – Penyelidik
BACA: Kenapa pekerja asing tak boleh masak masakan Malaysia? – Chef Wan
BACA: Peniaga makanan mahu pusat sehenti bagi pengambilan tukang masak tempatan